Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Cerita Kami Part 3

Helo. Well quite busy with tons of assignments. Luckily I managed to update again my blog. Since the first day I met them, I fall in love. My love never faded away. Always in my heart. Selalu bersama. Susah senang, inshaAllah. Diaorang ni lah semua kepala gila gila sejak semester satu. Sampai sekarang korang semua are the best for me. Korang memang havoc. I love you guys. This is the trip that we went for our class. Crazy over monopod and selfie. Here you go.

Everyday with you guys are the best. I miss those days. I miss everyone. Lepas ni mungin jodoh kita kurang. Tetapi harapnya ukhwah sentiasa ada. Sentiasa bersama. Batch Culinary Arts Management, HM225 2012/2014.

Wednesday, May 14, 2014

Cerita Kami Part 2

Hello. Memalam camnilah nak update. Susah nak cerita. Sentiasa bersama. Wallahi aku rindu kalian semua. Kisah kita takkan berakhir. InshaALLAH. #FriendsTillJannah

FaezahMatIsa.AshrafJasni.NajihahHashim.ZulhafizSibli.HaziqahHasan

Wednesday, July 31, 2013

Cerita Kami Part 1

Class Rep & Assistant Class Rep 2013/Part4

Kosser. Eh! Assalamualaikum and selamat malam. Harini niat nak tidur lambat sikit. Hiks. Okeylah sebut pasal student life or whatsoever, wa pernah dilantik sebagai Class Rep untuk kelas wa. Bahahahahahha *gelak jahat. Pengalaman yang sangat sukar dilupakan. kalau ikutkan memang langsung takdok ciri ciri kepimpinan. Jahanam kelas wa buat. Kelas pulak jenis yang slumber badak je. Okeylah mari dengar cerita wa dengan kelas wa.

Oleh kerana wa seorang yang gila gila and tak matang, tak berkepimpinan, tak berwawasan, so dengan segala rasminya kelas wa tu jadi tunggang langgang. Segala perintah lecturer wa sendiri tak ikut apatah lagi bebudak kelas. Tapi wa bersyukur sebab dikurniakan seorang Assistant Class Rep yang baik hati, bersopan santun, sekali sekala sentap and sangat bermotivasi. Dia sangatlah membantu wa dalam menjadikan kelas tu teratur and sangat konsisten. Sometimes wa malas gila nak datang kelas and segala info dia amek. Wa sangat sangat sangat berterima kasih dengan beliau. Kosser. Hiks. Okey sememangnya memegang jawatan tinggi ni sangat susah and nak handle boleh pitam. Tugas yang penuh cabaran, pahit getir dan pengorbanan adalah sangat crucial *cehhh ayat.

Tugas tugas Class Rep & Assistant adalah seperti berikut :
1)Menjaga kebajikan masyarakat kelas
2)Memastikan kelas lecturer ponteng kena ganti
3)Ensure semua peralatan yang hendak digunakan lecturer ada (E.g: Microphone, computer dan lelain)
4)Menempah (booking) bilik untuk kelas ganti
5)Memastikan lecturer masuk kelas
6)Segala event kelas berjalan lancar
7)Memberitahu (inform) masyarakat kelas tentang kelas ganti/lain lain info
8)Memastikan notes semua lecturer sampai ke tangan pelajar
9)Mengingat lecturer tentang test yang belum dibuat
10)Menjadikan susana kelas hingar bingar

Okey dari sepuluh ni hanya satu wa pasti buat, iaitu nombor 10. Sangat hectic lah. Hiks. Segala pengalaman bersama assistantt merupakan saat paling berharga sebab peluang datang sekali sekala. Banyak busy. Class Rep pulak pemalas nak mampus mengalahkan menteri. Kelas datang lambat. Nak buat kelas ganti lagilah malas. Nak buat apa apa semua tanya assistant. Nampak sangat tak payah ada Class Rep. Kosser. Lulz. Okeylah nanti ada sambungan cerita ni :) Shelamart Berpuaser Awaucks Semuerrrr :p

Tuesday, May 29, 2012

My Favourite :)


Assalamualaikum waramatullahhiwabarakatuh. Salam Satu Malaysia. Salam Menyalam. Slaam Terakhir. Amboihh semua nak salam. Hang gilo ke ape? Takdolah. Cheq cubo nak teraihh speak utagha lah ni. Hang tunggu sat. Cheq bukak kamuih jap *belekbelek kamus. Okay cheq dah ready. Hangpa? Cheq pedulik hapa hangpa ready ke tidokk.Hahahahhaha. Okay cheq nak cita lah pengalaman cheq keluaq ngan Bestfriend Forever and ever cheq ni. Cheq memang bangga dengan dialahh. Dia balik haghitu. Nak jumpaq dengan parents dia. Memang cheq hormat sngt dengan dia. Tak lupa kawan, tak lupa asal usul. Cheq suka kawan dengan dia. Okaylah, mula mula cheq nak keluaq ngan dia hari ahad, mak aihh, dia punya busy mandi manda bersama keluarga. Cheq dah siap siap and tunggu depan rumah, barulah cheq tersedaq mesej dia.Cheq punya salahlah kira nihh. Plan ditunda hari esok pula.
Esoknya pun terjadihlahhhh *jengjengjeng. Haghi yang dinanti tiba. Hang tau cheq keluaq ngan dia pukui brapa? Pukui 2 nahhh. Hah, hang tengok punya malaih cheq nak keluaq. Pukui 2 baru siap. Pastu cheq dengan segera bangun dengan punggung besaq cheq tu pegi keta. Cheq start enjin Saga then cheq blah. Cheq tunggu depan ghumah kawan cheq ni, then teruih blah ke McD. Watpa? Makanlah hangpa ni. Banyak naa cheq makan. Sampai around 2.30pm/ Ceghita macam reporter dapat gossip panaihh sampai pukui 4. Hang mampu? :P Pastuih cheq blah gi Karaoke.


Tempat Karaoke cheq nama dia Diva. Kalah semua pusat karaoke lain. Cheq pikiaq punya pikiaq amek set 2 jam. Puihhh berpeluh jugaklah cheq nyanyi. BFF cheq arini potensi kurang sikit.Sebab dia p nyanyi 3 lagu straight.Apa dah jadi pun cheq tak tau. Yang penting cheq happy. Oh ye, cheq jugak sentap sentap sebab cheq tak dapat nyanyi lagu Senggolan Cubitan. Baru cheq nak gelek. Kawan cheq ni pun satu, pilih lagu lambat sangat. Hahahahaha. Hang jangan marah aku Syed, aku saja kacau hang. Hang paham ke tidokk? Kuikuikui *tengah dengar lagu cover by orang lain. Cheq rasa tu ja cita cheq. Apa lagi cheq nak cita? Hah cheq balik rumah ingat nak hantaqlah kawan cheq tu, ghupanya, family dia keluaq.Cheq sambung main main cita sama dia. Cheq and dia cita sampai tergelaq gelaq keluaq airmata cheq. Yelah kawan cheq sorang ni memang kergilzzzz. Hang tak tau apa tu? Teruklah hang ni. Cheq ja boleh tau.Kehkehkeh.


Tu ja cheq nak cita. Yang penting cheq memang happy gila dapat jumpa BFF cheq ni. Cheq sayang dia. Cheq suka kawan sama hang. Hang tau tak? Sebab hang lah cheq dapat informasi terkini. Cheq paham keadaan hang tu. Hang bertahan saja k. Cheq tau hang pasti bahagia *even hang memang dah bahagia. Hahahahahahha. Cheq takmau kacau hang sebab hang dah nak final exam. Cheq doakan yang terbaik buat hang dalam semua perkara. Tu ja. Ciao! :) p/s; Hang tgk hang amek gambar kelakaq ni?Hang betuilah!

Saturday, December 31, 2011

January 1st 2012

Okay perkara yang sangat interesting untuk NEW YEAR kali ni.Hehe *gelaksakandulu. Before that nak wish HAPPY NEW YEAR to all :) I nak cecite sikit pasal new year ni. Malam tadi, I dengan kawan-kawan I lepas lepak seksyen 2, konon-konon nak pegilah celebrate new year. Nak pegi clubbing, dah lambat sangat *cehhpoyosaje. So pergilah I-city Shah Alam. Aiyohh, jammed dia boleh mati kita tunggu disitu. Nasib kitaorang pegi ngan moto.Senang cilok.

Nak dijadikan story ni, dalam perjalanan padahal ade lagi 15 minit before clock strike 12, tetibaaa, bunga api dah start. Aishhh teruklah I city ni.Okeylah dapatlah tengok sikit-sikit. Berhenti moto ingat punya lama fireworks, alahaii tak sampai 5 minit bhaii I tengok. Again, sikit pun tak meriah!

Lepas tu baliklah kolej. Pelajarlah katekan. Tup tup kena tulis nama *eleh lambat 15 minit je kott. Okey fine, tulislah nama. Again, sempat snap pictures tu. Yang kat atas tu memang hebatlah kan. Muka² WANTED. Haha. I mane? Jadi photographer lah. Then Emir, tersalah cakap. Baik-baik nak sebut visor, tersebut SUPERVISOR. Hehe. Gelak sakanlah semua. Sampai bilik Emir kena bahan. Haha :) Sorry Emir, memang malam semalam semua orang kena bahan kalau salah cakap.

Best kan experience kitaorang masa new year?Memang nak tiap² tahun ade je incident yang happening. Guys lets rock next year! Wootwoot :))

HAPPY NEW YEAR 2012

Friday, December 30, 2011

Sweet&Sour

Tajuk memang tak boleh blah! I rasa mesti semua ingat makanan kan? I pun teringat macam tu tatkala tulis entri ni *aiyohhh sedapnya ikan siakap sweet&sour. Haha. Saje bagi terliur lagi :) Okeylah actually nak cerita pasal kawad kaki. Yelah betul bukan silap. KAWAD KAKI. Macam budak sekolah aje nak kawad² ni. Dah masuk Unibersiti pun kawad lagi. Ekcelli, I tak berapa nak kesah about kawad ni, cos I memang minat kawad dari dulu. Cuma kat sini nak highlight beberapa story lah sepanjang kitaorang berkawad.

Firstly, kenalah tunjuk picture yang macho lagi cun masa kawad tu :) *senyummmmm.
Muka EXCITED before kawad kaki

Okeylah,cerita pertama macam ni. Untuk first sem, semua siswa/siswi yang tak amek PLKN or bukan lepasan diploma wajib amek pelajaran HBU 111- Kesatria Negara *for course I lah. Then I pun termasuklah dalam golongan yang tak bernasib baik tu *padahal excited nak kawad. Kisah bermula dengan latihan kawad pada waktu malam. Memang seyesly pada mulanya best but sejak orang tu datang jadi tak best. Orang mana? Tunggu episod 2 :) Kawad malam best tapi agak penat sebab assignment banyak tak buat, mengantuk kat kelas and macam-macam lah.

Episod 2: Orang tu datang untuk tunjukkan cara kawad yang sebenar. Padahal takdelah okay mana dia kawad. Cuma experiences kan. Ala, relaxlah kitaorang baru semester satu kott. Benda basic tak tahu common lah kan. Takyahlah nak marah, caci and cerca tak tentu pasal.P***mak lah, b***h lah and macam macam sumpahlah orang tu keluarkan. Komander tu hanya mampu tunduk je. Kitaorang yang masih terkezut ni mulalah benci. Memang hate to the core lah :pp Ajar baik² boleh kan? Benda simple jangan bikin kalut boleh?

Episod 3: Kawad malam hari bagai nak mam**ssss, kena maki dengan orang tu, kena marah dengan komander, komander lain show off and macam-macam lagilah. Memang 'SERONOK' sangat kan. Ikutkan rentaklah semua. Pastu dah akhir² ramai tak datang. Ramai buat taik. Include I sekali kot. Cuma 2/3 kali je ogeyhh I ponteng. Haha. Yang lain I datang.

Episod 4: Hari lawan tiba. Excited, nervous and semua adelah. Memang hebat-hebat belaka. Target punya atas kedudukan. Tapi sayang kalah. Yes KALAH. Haha. Yang penting orang tu tak marah² and dah boleh senyum katenyaaaa. Propa sangat! Even dah kalah, hati tetap berbunga-bunga sebab lepas tu tak payah kawad lagi. Dapat A++ lagi. Weee *tu janji komander lah.
We are culinary arts management team!Weeeee~


TO BE CONTINUE...
:)

Thursday, December 29, 2011

Semester One

Never been on my thought yang semester satu will be the most hilarious and fun and crazy time *laughoutloud :) We've been together for four months guys. Can you believe it? Oooemmmjayy. Banyak suka, duka, benci, sayang, love and etc yang kita kenal. Phewitt :D And thank you for supporting the CULINARY ARTS MANAGEMENT FAMILY. I owe you guys big time. Yang paling penting I nak cakap I sayang you guys semua ogeyhhh? *smileonmyface

Jom tengok&layan gambargambar zaman muda-muda kita dulu. Readyyy, one, two, three!

Masa kat kelas.Banyak main je.

Time makan dekat seksyen two.Hari-hari melantak besar even PTPTN belum masuk :)

Main DOTA dol!Sampai aku terjebak sekali.Matilah~

Pegi ujian 1Citizen.Siap buat portfolio bagai.Sampai harini, sumpah aku belum hantar benda tu

Hari JUMAAT.Pakai baju Melayu, posing dekat kedai seksyen 2.Haha.Macam ANTM lah konon.

Pegi KARAOKE.Benda yang mestilah masa awal² sem dulu.Asyik melalak aje.

Tido berSAMA.Kolej Jatilah.Yang Melati tak tau pulak.

KAWAD KAKI.Kenangan hadoo lah katakan.Tapi ada jugak sweetnya *except budak dip or PLKN

Trip ke Genting.Haiyoooh penin sangat.Takpe,yang penting pengalaman and fun yang kita dapat ogeyhh?

Time kitchen or pastry class.Memang best sebab dapat makan.Haha.

Time exam pastry/kitchen.Nervous giler sebab firt time lah katakan.Tapi bangga sebab dapat buat :)

Last but not least,sejak ada moto (cukup²) ni, asyik merempit and merayap je kejenya.Bestttttt~


Itu je yang mampu I kongsi with you guys. Memang excited plus gila² for semester SATU ni. Terasa macam budak-budak pun ada. Apapun, thanks guys for the memories. See you next sem ogeyhh? GOOD LUCK IN YOUR FINAL EXAM :)

p/s; For our classmate, Nazurah Shauqi, pray all the best for you.May your dreams will come true. Jangan lupa budak kulinari okay :)

Wednesday, December 28, 2011

Sayang

Sayang titow dalam bas

Nama dia Nik Radiah Nik Roslan. Seorang yang sweet and baik. Saya sayang dia. Oh saya panggil dia sayang. Shuke² je. Kitaorang bukanlah couple. Cuma kawan baik sahaja. Ni ada surat untuk sayang. Hope kalaulah sayang ada terbaca.

Sayang,
You know that how much I care for you right? I promise (insyaALLAH) I'll be always care for you. I promise again, I'll not be a pain to you. You know how much I'll worry about you right? Don't worry, I'll always am. Sayang in this letter, in my own diary, I hope that you'll accept me for who I am. I hope you are willingly to befriend with me. We will always be best of friends in awkward way.

Sayang,
I'm sorry if I bother you too much.
I'm sorry if I way too care for you.
I'm sorry if I behave the way I'm suppose not to be.
I'm sorry if I am sending too much messages to you.
I'm sorry if I over react if something come up.
I'm sorry for everything, okay?

Sayang,
In this circle of friendship, I hope you're not intimidate by me. I hope that your life will be better with me around. I hope that your face always covered with smile with me as your friend. I hope everything will be cheerful as long have you and me. I hope you will do your best for exam. I hope that you and your friends will be Friend Forever. I really really hope the BEST for you. No matter what you do, no matter where you are, no matter when the time is.

Sayang,
I don't have words to describe how much I am glad to meet you.Forever I'm your friend. I'm yours sayang :)

Thursday, April 21, 2011

ForYouMyDear

Hello readers :)
Okay update again.Okay while writing this entry,I'm waiting for the time to celebrate it.Yes,a birthday.A special one.It seems I've known her for about a year since last year when we went to the same school.She's a beautiful girl in her own way.She's very genuine and a warmth person.The first time I saw her,she just smiling at me and I don't even know how we met and start talking.It's good to know she have Facebook and literally I added her to my friend list.Since then,I always commented her on FB as well as talking to her at school.She have a very sweet smile :D Silly me =,=" Hahahaahaha.

Okay,this is HER :)

(Esha Gill.Sorry stealing your picture ^__^ )

Darn!She's look smexy hottt.I ♥♥♥ you babe!Okay Im hereby saying to you I wish you;
HAPPYBIRTHDAY
Maneesha Gill Kaur
April 22nd 1993-Sweet Eighteen :)

Esha,
Im really glad that I met you in the first place.You're so kind and cute.On your birthday,I hope that you'll have a blast.My wishes for you *scroll down :)

♥Hope you will be HAPPY forever
♥May God bless you and give everything that you need
♥You will become a professional in whatever you do
♥All your dream will turn to reality
♥Got lotsa presents
♥Succeeded :)

Esha,
Hope you will not forget me and I will always love you as my dear friend.I hope you'll not regret being my friend.Wish you all the best in everything you do.

ASHRAFJASNI,
Esha's friend.

Friendship: A building contract you sign with laughter and break with tears

p/s;Esha,you know how much I love your picture above? *uncounted :D

Wednesday, April 20, 2011

SepecialGituGitu

Hai bloggers semua.
Kelakar kan tajuk entri saya.Ya,sangat :) *perasan sangat.Okey sebenarnya nak post entri ni semalam.Tapi semalam online sampai tak hingat dunia iaitu sampai pukul 3 pagi.Badan penat,mata mengantuk&hati takde mood.Haha *bolehhh? Okey lagi.Kenapa entri saya bertajuk Special Gitu-gitu?Adalah tiru tagline kumpulan pelawak Senario?Ohh tidakkk.Tiba-tiba tajuk tu pop-out in my mind.So,teruslah tulis.Okey kali ketiga.Nak buat entri special untuk one of my bestfriends during my high school.Before that,lets paste her picture :D

(A cute little lady)

Okey picture kat atas ni own this entri.Hehehehe :) Nama dia NurSabrina bt Samsudin.Lahir pada 19 April 1991.So semalam birthday Sab.Jom nyanyi!
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Sabrina,
Happy birthday to you :)

Okey dah habis nyanyi.Best kan?Hohoho.Semalam birthday dia,so I just gave her my wishes.Itu sahaja.Teruk kan?Sorry Sab.Sabrina telah berumur 20 years old semalam.Dah besar dah.Sabrina ni orangnya seorang yang comel&kurang tinggi *jangan marah Sab. Lepas tu,dia ni seorang yang very positive thinker and she believe that she can do it anything that she like.Pada saya,Sabrina seorang yang cheerful and pandai.Selain itu,Sabrina jugak hard-working person and tak lupa dia ni kreatif.Suka sangat bila dia start lukis :)

Saya dan Sabrina menjadi kawan dah lama *taklah lama sangat.Tapi kitaorang ni boleh dikatakan BFF sejak Form Four :D Sabrina memang seorang kawan yang memahami and seorang yang boleh chill.Trendy?Of course.Dia suka sangat dengan brand converse *sama sehh :) Dulu,saya suka panggil Sabrina dengan nama cerita Sabrina The Teenage Witch.Best tu.Okey yang lain adalah secret between us sahaja :) *padahal takde pape


LETTER TO SABRINA

Sab,
Your presence in my life enlighten my days :) Since our first met (which I forgot) I knew that you're a very capable woman *opss at that time you still a girl,LOL ^___^ Okay you're the most cheerful person that I've ever seen and not-to-forget you're very funny.You became my BFF since we're Form 4 and I hope you're glad to be friend with me.To me,it is :)

Sab,
Remember our past stories?We share lotsa fun and sad time together.We climb the hills and we fall from the trees side by side.I know its sound silly right?But thats what we been going through all this time.Always remember me in your heart&pray.I hope our friendship bond will always grow until it become a solid FRIENDSHIP TREE :)

Sab,
I know its sometimes hard to be independent but I believe you can do it.About your father (as you stated in Tumblr) dont worry.He will definitely call you and doing some good activities with you.I said it again,dont worry.Focus on your study okay.I believe you can achieve what you want.

Sab,
I have no treasure things to give to you accept my hand for you to hold as long as you want.My shoulder can become your place to cry and my ears are ready to listen to your problems.Our friendship will I treasure forever.Thats my promise to you.

Sab,
On your special 20th birthday,I wish you:
1)Semoga panjang umur&murah rezeki
2)Diberi kesihatan yang sempurna
3)Sentiasa dirahmati olehNYA
4)Semoga mendapat kejayaan didunia&diakhirat
5)Menjadi anak solehah kepada parents
6)Dan akhir sekali,menjadi seorang yang berkaliber&dihormati orang lain

Sab,
Thats all the letter that I want to give to you.May you happy after reading this letter.Thank you for being my friend.Take care :))

ASHRAFJASNI,
10.30PM

Okay itulah warkah buat teman dari seorang kawan.Hehehehe.Jangan marah semua sebab saya update tentang birthday kawan saya.Thats all from me *signing off from this entry

p/s;Good luck for your final exam Sab!

Monday, April 11, 2011

Entri Khas 1

(Sorry Yai,curik picture.Suka tengok Yai senyum)

Salam readers,
Okay entri-entri seperti ini akan banyak menyusul.Entri Khas 1 ditujukan kepada seorang insan yang special iaitu ZuraidahMohdAmin.Ya,Zu a.k.a Yai.Seorang budak perempuan yang aku kenal dari Tingkatan Enam di sekolah :)

Special untuk awak Yai,
Setiap insan tu ada keistimewaannya tersendiri.Yai,awak pun sama.Ada keistimewaan sendiri.Awak kuat&tabah.Awak seorang yang bertimbang rasa.Awak seorang yang memahami.Awak seorang yang hebat.Istimewa awak dimata saya.Ya,walaupun awak tak rasa diri awak special,saya rasa awak special.Awak tak perlu takut dengan ujian,dugaan kerana setiap kejadian tu ada hikmahnya.Awak boleh melaluinya :)

Yai,
Awak dah melalui saat getir dalam hidup awak.Maaf sebab saya kurang mengetahui problems awak semua,tapi percayalah,saya ada disisi awak sebagai kawan selagi hayat dikandung badan (insyaALLAH).Saya ikhlas kawan dengan awak.Awak pada saya sangat-sangat best&fun orangnya.Awak memang pandai menyimpan perasaan awak.Jangan Yai.Jangan terlalu banyak menyimpan perasaan sedih tu.Luahkan pada seseorang even bukan saya.Saya kadang-kadang sedih tengok awak sedih.Sangat sedih.Teringat saya peristiwa awak menangis kat kelas saya (opss kelas kita,sebab awak dah masuk situ) sebab awak nak belajar kat kelas sebelah.Sedih Yai tengok awak macam tu :( Lain kali jangan buat lagi ye :)

Yai,
Awak pun boleh berjaya.Ya,saya pasti segulung ijazah pasti awak genggam nanti.Awak telah buktikan pada semua yang awak boleh.Tengok saja masa result STPM masa tu kan?Awak lebih better dari saya.Ya,saya akuinya.Awak memang pandai.Pandai dalam segala hal.Awak boleh berdikari sendiri,awak boleh buat sebaik mungkin and awak boleh jadi fashion designer (sebab ada project RUNWAY sendiri!) ^___^

Yai,
Mungkin takdir telah menemukan kita and saya sangat sangat bersyukur pada Ilahi sebab awak jadi kawan saya.Ya,kawan yang sangat memahami dan ikhlas berkawan.Awak boleh dikategorikan sebagai funny and gila-gila.Boleh layan kepala saya.Saya nak berTERIMA KASIH kepada awak Yai sebab dah buat hidup saya ceria even kita sekejap je bersama.Saya akan pegang segala janji persahabatan yang telah kita berjanji.

Yai,
Ingat tak masa kita sekolah dulu?Bestkan.Awak selalu dengan Felly,saya pulak dengan Rashed.Kalau kita bertemu,woah gempak kelas.Boleh jadi kecoh~Saya ingat masa kita pergi ke Mahkamah and masa kita sama sama jadi pengawas.Lepas tu berhenti together jugak.Saya kenal awak selepas saya sering masuk ke kelas sebelah.Kan?kan?Hehehehe :) Lepas tu, masa amek result pun awak datang cepat.Bersama-sama kita masuk ke dalam dewan tu :)) Then masa pegi karnival ke U and tak lupa masa nak pergi ke Majlis Kulawangsa.Sungguh-sungguh saya nak awak pergi even awak tak boleh.Sampai suruh Cikgu buat surat kata wajib kan?Then,siap kita plan nak panjat rumah Yai then kita pergi senyap-senyap.Kehkehkeh.Banyak lagilah memories kita kat sekolah Dato tu kan?I'll tresure those memories for the rest of my life Yai!

Yai,
Akhir kata,saya nak cakap dengan awak,SAYA SAYANG AWAK YAI!Teruskan hidup dengan harapan,teruskan perjalanan dengan senyuman dan awak akan temui kebahagiaan :)

p/s;Kepada si dia,jaga Yai baik-baik.Kalau tak,siap!
p/s/s;Saya doakan hubungan awak tu akan kekal ke jinjang pelamin.Tak mustahil kan? :D

Friday, April 1, 2011

Im Lovin' It

(Picture yang sangat sangat tak comel.Cuma black&white sahaja)

Hello readers,
Welcome back to my blog.Fuhh,lama gila tak update blog.Okeylah hari ini dah pukul 12.30 pagi,Hari Sabtu.Dua hari lepas pergi McDonalds.Ya,McD.Haritu mak bagi coupon McD.Banyak gila.Macam picture bawah ni.Tengoklah.

(McD Coupon.Source-Google)

Sikit aje kan?Bukan.Bukan.Yang ni memang sikit.Tapi yang mak bagi tu banyak.Adalah dalam 30 keping.Hahaha.Mak printout black&white untuk beli breakfast kat McD.Hahahaha.Satu keping ticket boleh dapat 2 Free Big Breakfast ala carte dengan pembelian sebanyak RM5 dan ke atas.Oleh sebab nak expired date coupon tu yakni pada 31 March lepas,aku and my friends pergilah McD terdekat untuk exchange kupon tu.Banyak gila kott.Dalam 11 kupon aku guna.Maknanya 33 Big Breakfast aku beli.Fuyoohhhh~

(Ni lah Big Breakfast yang aku beli.Source-Google)

Sampai kat tempat kerja,bahagikan semua makanan ni dekat staf Rumah Abah (nama tempat kerja aku).Semua dapat kecuali Kak Ida sebab dia cuti haritu.Banyak gila weyh.Aku makan fillet-o-fish,pancake sikit and also Big Breakfast.Kenyangg gila kott :D Oh ye,lupa pulak nak cecite sikit.Aku keluar pergi McD dalam pukul 4.30 pagi.Aku sanggup tak tidur.Hahahaha.

(Oh my FOF.Sedap yo!Source-Google)

Itu sahaja.Banyak banyak banyak gila makan! (:

p/s;Kesian Abang kat McD tu.Keje lebih masa bangggg.Alalalala,siannya manager dia XD

Wednesday, March 30, 2011

Aku And Kau

(Perasan ala-ala model.Tak hot langsung)

Hello readers,
Welcome back to my blog.Macam post banyak sangat kan?Aah memang,kejar masa.Sebab sentiasa takde masa nak update blog.Sekali update,hah,amek kau! :) Currently tengah dengar lagu Justin Bieber,Never Say Never.Okay stop sampai situ.Lain kali baru cerita pasal JB ^____^ Nak cerita pasa mimpi.

Korang kalau tidur mesti ada sesekali mimpi kan?Tak kiralah indah atau seram,mesti kita macam nak ingat mimpi kita tu.Aku selalu try imbas kembali mimpi yang telah aku mimpikan and guess what?Selalu kabur.Memang pun.Jalan cerita pun agak merepek meraban.Haha :D Cecite cecite pasal mimpi ni,mesti syiok kan?Huhuhuhuhu.

Okeylah,cerita mimpi aku ni telah aku tafsirkan dalam bentuk puisi (erkk,betul ke?)

Kau dan aku,sering kita bersama,
Susah senang,pahit manis kita lalui,
Kau selalu ada,atau mungkin tidak,
Tapi aku tahu kau ada untuk aku.

Kau dan aku,sebaya dan berbeza,
Impian yang tidak sama,
Persahabatan yang lama kita bina,
Terjalin dengan mesra dan gembira.

Satu hari kau berkata,
Kau nak pergi jauh,
Aku kurang tahu tentang segalanya,
Kau jauh tinggalkan aku.

Kini kau dengan kawan yang baru,
Kau kata kau rindu,
Tapi aku tak pasti sejauh mana kerinduan kau,
Mungkin kau berpura-pura.

Kita pernah bergaduh,
Kau pertahankan diri kau,
Aku kau tinggalkan,
"Kawan baru" kau mungkin lebih penting.

Tapi hari ini,aku mimpi tentang kau,
Kau kata kau susah,
Kenapa kau cari aku,
Carilah kawan baru kau tu.

Aku sedih tengok kau susah,
Kau memang suka tengok aku sedih kan?
Aku nak tolong kau,
Tapi aku tak tahu macam mana :(

Adakah mimpi tu benar-benar berlaku?
Atau realitinya kau senang disana?
Atau itukah petanda-petandanya?
Bahawasanya aku RINDU kat kau?

Entahlah.Aku pun tak tahu jawapannya :(( Itu saja mimpi aku yang mampu aku tafsirkan.Kepada si dia,tolonglah jaga diri baik-baik even kau serupa tak pedulikan aku lagi.Aku tau aku bukan kawan yang baik.Mungkin sebab tu kau tinggalkan aku dulu.

Tuesday, February 1, 2011

Celebration :)

Hello bloggers.As we know that all the chinese will celebrate Happy New Year.Yes,this year of Rabbit.I just wanna wish my Chinese friends a good&blast happy new year.

(A Happy New Year of Rabbit.So cute.Source-Google)

This Year of Rabbit will full of prosperity and good luck to you guys and your dinner night will be awesome!

(Celebration for all Chinese :) Source-Google)

Celebrate this new year cheerfully and hope this new year will brings joy to you and even merrier than the year before.

(Gong Hei Fat Choi@Gong Xi Fa Cai.Source-Google)

CNY card for you all.Remember to give angpao/hongbao.I will definitely want it!LOL :)

Special wish for all my teachers at SMKTR2,Pn Tey Kai Wean (thats all I remember.LOL) and recently at SMKDPT,Pn Ting,Pn Tan Lay Giok&Pn Aw Guat Mooi,Happy Chinese New Year!For my members at SMK Taman Rinting 2,Kee Wan Ying,Ng Shi Yin,Crystal Tan Hue Ven,Tau Hui Xin and others (sorry can put all your names) Happy Chinese New Year too!And not to forget to my colleagues at SMKDPT,Victoria Tee,Teo Peggy,Mook Jia Jiang,Koo Jia Jin,Wong Hing Long,Ti Tze Tjin,Lai Kin Seng,Yu Wen Jun,Lai Guan Ming,Lee Hong Jie,Yap Swee Hui and others (can't possibly write all the names.Haha) and and also to Wan Chin,Mei Qi,Doni, Happy Chinese New Year too.I love you all.

And not to forget,special to the one and only Aunty Jean,I love you so much.Happy Chinese New Year Aunty!

PESANAN:Lets celebrate each others with love and kindness.And may this Chinese New Year tighten our friendship :)

Monday, January 31, 2011

Birthdays ^___^

Today is my friends birthday :) So just wanna say;



special to my both friends,Ariffin Mat Azemin and NurAzah Mazidah Azizi,this cake is to both of YOU :)


-Have a good and blast day
-May Allah bless you :)
-May good fortune come to you.
-May your wish will come true
-May you lead a happy life
-May people love you more
-May all the best goes to both of you!

Saturday, January 29, 2011

Budak baru

Tajuk pun budak baru.Wa punya kawan baru buat blog.Kasi gegar lah dia punya blog.Wa bagi link.

NurFatinNazira

Facts about her:
One-Seorang yang luas pengetahuan
Two-Seorang bekas pelajar Sultan Ibrahim Girls School (SIGS)
Three-Seorang yang obses dengan word FLUFFY
Fourth-Seorang yang baik hati
Fifth-Seorang yang sangat suka ketawa
Sixth-Seorang yang banyak makan
Seventh-Seorang yang menggunakan tangan kiri@kidal
Eighth-Putih,comel,comot
Ninth-Lahir pada bulan Oktober
Tenth-Minat maths?Agaknya :)

Lu orang boleh follow blog dia kalau lu orang suka.Janji wa dah promote.Okey tu je wa nak cakap.Thanks~

Thursday, January 20, 2011

Animals

Hello bloggers.Taking pictures at Zoo Johor.
180111
Model:Zulhilmi,Sally&Me
Photographer:Zulhilmi,Sally&Me
Location:Zoo Johor,Johore