Kosser. Eh! Assalamualaikum and selamat malam. Harini niat nak tidur lambat sikit. Hiks. Okeylah sebut pasal student life or whatsoever, wa pernah dilantik sebagai Class Rep untuk kelas wa. Bahahahahahha *gelak jahat. Pengalaman yang sangat sukar dilupakan. kalau ikutkan memang langsung takdok ciri ciri kepimpinan. Jahanam kelas wa buat. Kelas pulak jenis yang slumber badak je. Okeylah mari dengar cerita wa dengan kelas wa.
Oleh kerana wa seorang yang gila gila and tak matang, tak berkepimpinan, tak berwawasan, so dengan segala rasminya kelas wa tu jadi tunggang langgang. Segala perintah lecturer wa sendiri tak ikut apatah lagi bebudak kelas. Tapi wa bersyukur sebab dikurniakan seorang Assistant Class Rep yang baik hati, bersopan santun, sekali sekala sentap and sangat bermotivasi. Dia sangatlah membantu wa dalam menjadikan kelas tu teratur and sangat konsisten. Sometimes wa malas gila nak datang kelas and segala info dia amek. Wa sangat sangat sangat berterima kasih dengan beliau. Kosser. Hiks. Okey sememangnya memegang jawatan tinggi ni sangat susah and nak handle boleh pitam. Tugas yang penuh cabaran, pahit getir dan pengorbanan adalah sangat crucial *cehhh ayat.
Tugas tugas Class Rep & Assistant adalah seperti berikut :
1)Menjaga kebajikan masyarakat kelas
2)Memastikan kelas lecturer ponteng kena ganti
3)Ensure semua peralatan yang hendak digunakan lecturer ada (E.g: Microphone, computer dan lelain)
4)Menempah (booking) bilik untuk kelas ganti
5)Memastikan lecturer masuk kelas
6)Segala event kelas berjalan lancar
7)Memberitahu (inform) masyarakat kelas tentang kelas ganti/lain lain info
8)Memastikan notes semua lecturer sampai ke tangan pelajar
9)Mengingat lecturer tentang test yang belum dibuat
10)Menjadikan susana kelas hingar bingar
Okey dari sepuluh ni hanya satu wa pasti buat, iaitu nombor 10. Sangat hectic lah. Hiks. Segala pengalaman bersama assistantt merupakan saat paling berharga sebab peluang datang sekali sekala. Banyak busy. Class Rep pulak pemalas nak mampus mengalahkan menteri. Kelas datang lambat. Nak buat kelas ganti lagilah malas. Nak buat apa apa semua tanya assistant. Nampak sangat tak payah ada Class Rep. Kosser. Lulz. Okeylah nanti ada sambungan cerita ni :) Shelamart Berpuaser Awaucks Semuerrrr :p
No comments:
Post a Comment