Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Dulu Kami 5 Sains,Sekarang?



------------------------------------
Keep Holding On,
Cause you know we'll make it through,We'll make it through

------------------------------------


Rindu.Ye itulah perkataan yang berada di benakku kini.Aku rindu dengan classmates 08 aku.Hurm;saat aku terkenang mereka adakah mereka terkenangkan aku juga?Entahlah.Yang penting korang,aku merasakan saat dan detik ketika kita bersama di kelas 5 Sains masih lagi begitu jelas di kotak fikiranku.Aku benar-benar kangen sama kamu semua deyhh :)

Biar aku update sikit perkembangan kesemua geng-geng di kelas 5 Sains dulu.Lets we start with:

Aku.Haha.Saya Muhammad Nur Ashraf bin Jasni sedang melakukan kegiatan yang semestinya menjadi kutukan rakan sebaya yakni melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam.Ye,saya bakal menjadi seorang pemegang sijil STPM.Exam bakal saya ambil pada tahun 2010.Nantikan keputusannya.Next is Rashed bin Amtenar.Tak sangka impian kami berdua nak masuk Gov universiti tak dapat.So,terpaksalah dia ikut saya mengejar impian di Tingkatan Enam.Malah kami berjanji untuk stay di sini dan berniat nak tukar ke Aliran Sastera.

Kemudian kita pergi dengan Mohamed Izzryn bin Md Shahrodin.Dia sekarang belajar di Kolej Islam Johor under UiTM dalam bidang perakaunan.Tetapi buat masa sekarang,dia masih lagi cuti sebab cuti 2 minggu dia start lambat.So,enjoylah cuti ni sebaik-baiknya.Lepas ni kena struggle gila-gila.Then,kita ada Ariffin bin Mat Azemin.Dia bercita-cita taknak sambung belajar.Mungkin terpengaruh dengan abangnya.Dia yakin dengan keputusannya untuk menjadi seperti abangnya iaitu seorang penyelam.Biarlah dia merasa kepahitannya barulah tengok keadaannya stabil atau tak.Haha.

Next,Mohamad Hanis bin Kamarudin a.k.a Botz.Sekarang bekerja di Petronas sebagai cashier.Dia begitu senang dengan kerja barunya. Mungkin harapan untuk sambung belajar ada,cuma tak kesampaian. Tapi Botz aku yakin kau boleh buat.Go,go Botz! Then,Nursabrina bte Samsudin.Dia kini belajar di Matrikulasi Melaka. Sungguh hebat.Pada mulanya dia ditawarkan kos sains kuantitif di UiTM tetapi hasratnya untuk ke matrix telah dimakbulkan. Tersangatlah busy buat masa kini. Selain tu,kita ada Twin,Shazwani bte Mohd Shah dan Shazwana bte Mohd Shah.Kedua-duanya di matrikulasi tetapi berlainan tempat.Ani di Matrix Tangkak dengan kos Sains Hayat manakala Ana di Matrix Nogori Sembilan tak tahu dalam kos apa.Apapun mesti mereka boleh berjaya keran mereka pandai.

Selain dari nama yang disebutkan tadi,jom tengok carta keseluruhan kelas yang lain.

LELAKI
Ananth Krishnan A/L Balachandran-Tingkatan Enam (mungkin nak ke Politeknik)
Jegatheswaran A/L Krishnan-Di sebuah universiti swasta
Mohd Fahmy bin Mohd Abdul Rahman-Kehilangan berita buat masa kini

PEREMPUAN
Aina Fadhilah bte Mohd Ali-Matrikulasi Melaka
Azmira Syakilla-Kehilangan berita
Buvaneswari A/P Morgan-Tingkatan Enam
Crystal Tan Hue Ven-Assunta College
Denise Ng Pei Sing-Kehilangan berita
Izzah Fasihah bte Jaafar-Universiti Zagazig,Mesir
Joraidah bte Fashur Rahman-Tingkatan Enam
Kee Wan Ying-Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Mimi Suhanitaiza-Tingkatan Enam
Mook Jia Jiang-Tingkatan Enam
Ng Shi Yin-Tingkatan Enam
Nur Farina bte Suboh-KPTM/Matrix 2 tahun
Rathika A/P Balakrishnan-Tingkatan Enam
Shafika Ashikin bte Azmi-Tingkatan Enam
Suhaida bte Kamaludin-Kehilangan berita
Teo Peggy-Tingkatan Enam
Zhinduja A/P Manoharan-Kolej Tunku Abdul Rahman(KTAR)

Thursday, March 26, 2009

Memories Will Never Fade Away



Terimbas kembali detik-detik semasa di sekolah.Macam-macm incident ada.Dulu masa mula-mula masuk Form 5,ade berape orang erk?Hah,23 kalau tak silap.Aina,Izzah,Jojo,Ananth,Pka,Buva,Thika,Zindhu,
Mjj,Peggy,Shiyin,Farin,Aida,Fahmy,Jeg,Wanying,Criss,Twin,Sab,Aku,Ijat,
Botz and Ahbey.1,2,3…Hah betullah 23.Hurm.

Lepas masuk kelas,biasalah memekak.Sekali datang cikgu yang comel molek,Cik Wan Muslimah(sekarang dah kahwin,Pn Wan Muslimah).
Semua bangun.Lepas dah bagi salam,duduklah apa lagi.Cikgu kenalkan diri then masuklah calon-calon ketua and penolong kelas.Tapi sebelum tu,Cikgu kenalkan budak baru.Ada 2 orang masa tu.Rashed dari SMK Seri Alam.Mula² macam skema tapi dah kenal dah boleh jadi gila.Pastu budak perempuan dari Kelantan,Azmira Syakilla.

Lepas cikgu announce jerk,ape lagi menganjing ar semua (except yang berimanlah).Haha.Tepat jam 9.00 pagi,cikgu suruh pilih monitor and assistant.Bising punya bising (nak² Ijat yang sibuk calling² nama orang) akhirnya dia yang kena.Hwa3x Padan muka.Good very good.Assistant pulak semua support Aina.Dengan rasminya diaorang dapat tanggungjawab tu.Chinese girls and aku&Sab sibuk nak hias kelas.
Macam-macam dalam kepala.Tulah,nilah sampai tak terbuat-buat.
Pastu akulah yang memandai-mandai rombak kelas.Semua susun meja tiga-tiga.Last kat belakang kelas letak 4.Yelah tempat aku,Botz,Ijat and Ahbey.

Barulah mula sesi kenal-kenalan ngan pelajar² baru.Aku biasalah susah nak bergaul.Pemalulah katakan.Bila time rehat ,aku sensorang kat kelas.Tetiba budak baru,Syed datang and tanya aku kantin kat mana.Aku dengan malunya sambil menatap majalah sekolah tahun lepas Cuma cakap “kat sana” (dengan tunjuk tangan) ngan dia.Dia rasa macam tak dilayan terus blah.Makin lama,makin rapat semua.Aku ngan Syed pun dah okey.



Then mulalah ada puak masing-masing.Izzah,Aina,Pka and Jojo satu geng.Fahmy,Aida satu geng.Jeg and Ananth satu geng.Semua Chinese satu geng.Budak² India girls pun satu geng.Aku,Ijat,Syed,Ahbey,
Botz,Twin and Sab
dah tubuhkan lama geng kitaorang.Farin pun bolehlah join semua group.Geng kitaorang dinamakan Geng ARE.Geng kitaorang je okay ngan geng² lain.Aku agaklah.Sebab kitaorang yang paling kecah.Menyanyilah,cakap kuat-kuat r and macam-macam lagi.Banyak menganjing cikgu (nasib tak kena sumpah jadi anjing).Then ada 2 orang lagi budak baru masuk.Denise and Mimi atau aku panggil Mirmo Zibang.Haha =)) Denise aku kenal masa sekolah rendah.So tak yah cakap r.

Dari situlah kitaorang mula huru-harakan kelas.Best tak terhingga.Dari matapelajaran yang senang ke susah kitaorang rempuh je.Banyak main pulak tu.Biasa budak lelaki geng ARE lah yang kecoh sekali.Main nomborlah,main bingolah and lelain.Keje sekolah macam tak bertimbun pulak.Ada yang tak boleh tahan tu,AddMath teacher kitaorang.Sebabkan ramai yang fail,Teacher wat keje sampingan.Buat yang basic punya.Kitaorang guna macam kad yang de latihan.Ada 20 kad semuanya.Masing² berebut nak buat.

Teringat memories ni semua,rasa macam sekejap je.Yelah kitaorang tempuh semua sama-sama.Nak² dah nak SPM then leave the school.Masa pre-SPM tu semua kelakar.Memekak je keje lepas habis paper.Kalau yang real pulak,semua sibuk baca buku.Tulah orang suruh study awal-awal taknak,dah dekat baru nak baca.Rugi pulak bila ingat tak belajar betul-betul.

Ouh lupa pulak bila masa tuisyen Ibnu Sinar (kelas tambahan) Rajin betul kitaorang datang except Syed and Beyy r.Lepas pukul 2.15 balik sekolah terus ke Restoran Kak Mar.Yelah makan lunch.Kelas tambahan kul 3.Jalan kaki ke Kak Mar dah 20minit.Nak makan and tunggu masak lagi dah tak sempat.Even macam tu,balik dari makan tu,still beli jajan lagi.Makan pulak kat kelas.Haha.Kadang² beli goreng pisang (kalau aku rajin bawak moto keluar sek lah).Yang paling aku suka bila kelas Cikgu Fazlina.Biolah babe!Suka gila tapi Bio aku tak dapat A gak.Huhu.

Itulah memories yang takkan aku lupa.Ye maybe pasni kitaorang berpisah tapi setakat ni aku,Botz and Syed je still together-gether pegi memana.Lagipun kitaorang selalu pegi CC main CS.Aku,Botz and Syed cadang nak pegi Kolej PTPL.Aku takut sangat sebab aku ni dahlah pemalu.Kalau diaorang tak dapat pegi camna?Aku takut nak mulakan conversation.Aku takut orang taknak kawan ngan aku.Aku takut aku tak dapat catchup apa yang aku bakal belajar.Aku takut semua.Tapi kalau ada rezeki,InsyaALLAH kitaorang dapat pegi sesame.Tu je doa aku setakat ni;and aku harap geng² ARE takkan lupakan aku dan begitu juga sebaliknya.Guys I heart u all so much.Kept our memories k.



The Geng-ARE personalities

Sab Samsudin^^
Trendy,Smart,Pretty
Ijat Shahrodin^^
Cool,Funny,Fantabulous
Ana Shah^^
Beautiful,Clever,Cute
Ani Shah^^
Lovely,Sweet,Intelligent
Botark Kamarudin^^
Hilarious,Marvelous,Amiable
Syed Amtenar^^
Moderate,Droll,Brainy
Ahbey Mat Azemin^^
Chily,Witty,Crazy

ME?? - Describe yourself :D

Wednesday, March 4, 2009

B L O G AKU

Hurm.Sebenarnya lame tak mengupdate blog.Malas rasanya.Huhu.Okeylah,nak cerita pasal Sijil Pelajaran Malaysia ataupun SPM.Sebenarnya awal-awal lagi dah plan nak pergi sekolah pukul 8.30pagi.Al maklumlah semangat bak kata Aina.Lepas dah ambil budak-budak ni,terus menuju ke sekolah.

Setibanya di sekolah,mulalah merayap-rayap.Yelah result belum keluar pun.Lambat lagi.Cikgu cakap maybe dalam 10 lebih.Tapi dah sampai sekolah pukul 9 lebih.Haha.Jalan-jalan lagi.Jumpa Crystal and Wanying.Perghh.Rindu seyh kat Chinese students ni.Naik atas pergi bilik guru.Jumpa cikgu Zuana.Dia cakap result kali ni menaik.Kimia 6 orang je fail.*Glup.Dalam hati masing-masing harap bukan paper Kimia kitaorang.

Tunggu punya tunggu,makin ramai budak datang.Semua kecut.Presenter² dari beberapa institusi and uni dah datang.Dalam pukul 11.15 tu,Pengetua and cikgu-cikgu kaunseling turun.Masing-masing excited dah.Kitaorang tunggu je apa Pengetua nak cakap.Dalam riuh rendah,Pengetua berucap;

"Baiklah,sekarang keputusan SPM telah dikemukakan.Sila ke kaunter kelas masing-masing untuk mendapatkan result anda.Sekarang saya akan mengumumkan pelajar-pelajar cemerlang untuk SPM bagi tahun 2009."

Semua ternanti-nanti.Pengetua ni suka buat suspens.

"Izzah Fasihah,Crystal Tan,Quah Wei Ming,NurSabrina Samsudin,Rashed Amtenar,Muhammad Nur Asharaf dan Joraidah.Tahniah kepada pelajar-pelajar ini kerana telah menjadi pelajar cemerlang.Bagi nama-nama yang dipanggil,sila datang kehadapan"

Lepas je pengetua buat pengumuman terkejut berok.Nasib tak jadi beruk.Yelah dalam ramai students and pelajar harapan sekolah,Muhammad Nur Ashraf(Aku) telah diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang.Tak sangka betul.Ingatkan kalau dapat beberapa A's tak mungkin jadi pelajar cemerlang.Tapi dah rezekikan,Alhamdulillah.Bila dapat result yang dapat dari pengetua tu,cepat-cepat tengok bape A's dapat.

5A's?Wow!Tak sangka betul.Dari 10 subjects yang diambil,5 dapat A.Bangga tu.Ala dalam hati sedih jugak.Yelah bukan nak kata tak bersyukur,tapi satu subjek yang ditarget tak dapat A.Lain subjek yang tak target dapat pulak.Haha.K,lah mesti tak sabar nak tengok result kan?Ni hah;



Sedih Fizik dapat 8E.Benci.Benci.Benci.Tulah suruh blaja taknak blaja.Padan muka!Hah dah dapt result geng² ajak gi McD makan-makan celebration.Dalam 8 orang geng tu,3 dapat Pelajar cemerlang.Bangga.Haha.Enjoylah jugak.Makan and postlah korang kat McD tu.



KEPUTUSAN SPM ARAB:
5A1B2C1D1E