Showing posts with label Common. Show all posts
Showing posts with label Common. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Heaven's Day


Harini hari Isnin.Bersamaan 4 Jun 2012. Sekarang pukul 9 malam :) Nak update pasal harini. Hari yang indah. Hari yang bahagia. Busy memanjang tengok Youtube. Tengok tajuk entri ni pun dah tau. Hari yang boleh dikatakan easy, happy and heaven. Sebab apa? Okay bangun pagi. Tengok Youtube. Update status. Tak bukak Twitter. Kepala tak serabut. Buat report. Dah siap. Tinggal alter beberapa perkara je. Sampai Zohor. Solat. Then pegi makan. Dekat je. Teman Hafiz. Jenjalan jap. Tengok Harry Potter. Sambung tengok Bleach. Lepas tu mandi. Next, tengok movie lagik. Hidup macam takde masalah. Hahahahaha :)

Malam ingat nak buat kerja. Entrepreneur. English. French. *pengsan kejap. Nanti nak update pasal trip ke Singapore. Malam esok maybe tak boleh sebab busy serving. Oh lupa kena cari customer untuk exam nanti. Oh lupa lagi sebab kena belaja CTU pulak. Paper first dalam exam. Study satu apa pun tak lagi. Ingat nak study tadi but biaselah student. Cakap lain, buat lain. Opss bukan buat lain but entah bila nak buatnya. Plan bukan main panjang, tapi kalau dah MALAS, memang semuanya tak jalan. LOL :) Lepas ni, InsyaALLAH nak buat English. Article lagi, outline lagi, nak hafal lagi *cehh padahal last contestant. Kahkahkah.

Untuk yang terakhir kalinya, Coco (kucing aku) memang nak kena sepak. Asyik mengiau dari tadi. Makanan sendiri ada taknak makan. Teruk! Hahahaha. Aku rasa nikmat aku untuk rasa heaven nya hari ni bakal habis dengan keserabutan kepala with all the overdue works. Suka sangat aku ni kerja bertangguh. Kitchen pun tak lama je lagi *two weeks more untuk exam. Grrr, nervous kott. Black box bakal dapat. Menu nak kena cipta. Nak kena masak lagi. Tengah search Youtube lagi. Lagu My Immortal. Nak tenangkan diri untuk dapat inspirasi menulis. Rasa macam nak makan. Tapi macam takde selera. Dengan kengkawan yang demamlah, selsemalah. Haishh *sigh.

Untuk kesekian kalinya, takdok inspirasi nak tulis. Tapi tetap gigih untuk terus menaip *go Arab go! Okey nak makan burger semalam. Then ikut diaorang pegi makan *but aku minum je. Then sambung buat English. Hafal French. Esok nak kena bangun pagi. Kelas boleh pulak 8.30 pagi. Penat penat. But kena belaja jugak. Nak buek camno laie. Hahahaha. Mula dah aku merepek dalam karangan 360 patah perkataan ni. Oh nak cakap kaki ni sakit balik. Tapi still boleh jalan. Tapi bila menusuk dalam, perghhhh memang terasa sangat. Heheheh =.="

Dah nak habis dah penulisan ni. Cuma nak cakap take good care of yourself.Update later. Nak cita pasal Singapore. Update pasal lagu.And lain lain. Ciao! :D

Sunday, March 4, 2012

New Semester

Source:HERE


The words says it all.
First day of new semester.
First day of two classes.
First day went to faculty.
First day meeting all friends back.
First day laughing out loud.
First day with 'gulung-gulung' hair.
First day with old shoes.
First day wearing tie.
First day bring BB and tab at class.
First day was BORED.Lol :)

Thursday, December 29, 2011

MineNotYours

Hey guys.Welcome back to my blog again.Seriously, I memang suka hapdate lambat².But bila dah update,fulamak,penuh satu page :)

Okaylah, this time nak cakap pasal kasut. Well, I bukanlah seorang yang suka sangat pakai kasut. I prefer selipar flipper je. Hehe. Tapi once a while I should wear it right? Kasut yang paling best pernah I ada of courselah Converse. I memang adore sangat dengan jenama ni. I suka design, pattern and even warna dia. Kalau time-time skola dulu, memang ramailah pakai kasut Converse ni. High cut lah, low cut lah, side cut lah (memandai je I ni) *okayhabismerepek.

Lepas I dah pakai kasut Converse, I jumpelah online shoes yang I minat lagi. TOM Shoes. Best gila first time beli kasut online. Mine was at above (in picture). Comel kan? :)) I memang suka pakai kasut TOM ni sebab mudah and selesa. Berbaloi beli kasut ni. Trendy pulak tu. If you guys ada kasut TOM jomlah kongsi bersama. Haha :pp

Friday, April 22, 2011

Jom Click :D

Okay, let's make a deal. I win the iPad 2, you win the movie passes. Win-win for both of us right? #Churp2race

Okay atas tu nampak sangat penipuuunyaaaaa :) Hehehehehhe.

Hah,dah masuk ni,jomlah click.iPad?Tak minat.BB?Xminat jugak?Yang touch2 tu?Taknak jugak.Nak tahu ape?Nak menang movie passes je.Boleh?Kahkahkah :) Sayangggggggg :)

Tuesday, April 19, 2011

Lamalamalama

Hye semua.
Kehkehkeh *nyanyi jap

Kachak lucar,kachak dalam,kachak dengar sini....
Senyum tak perlu kata apa-apa

Okay habis nyanyi.Hello korang.Lama,itulah tajuk entri baru saya.Weeee.Lama gila tak update blog,lama gila tak masuk contest,lama gila tak berblogwalking :) Semua lama.Sebab apa?Oh taknak bagi alasan lapuk iaitu busy cuma cuma cuma ENTAH.Tak tau nak bagi alasan apa *ketawa garu-garu kepala.

Sempena bulan baru ni (eh?!Kan dah lama masuk April) *lantoklah.Sambung balik. Sempena bulan April ni,nak cecite pelbagai cerita.Tapi sayang dah lupa semua *boleh?Senyum lagi :) Nak buat macam-macam.Nak pergi passport (ye,saya takde passport lagi.Kolot),nak beli baju,nak beli kamera and bermacam-macam nak beli.Banyak gila barang nak beli *ko ingat ko kaya?! Lepas tu,nak pergi jalan-jalan lagi.Jeles dengan orang yang selalu berjalan.Lepas tu nak cari part-time job lagi *sebab nak duit banyak.Ada sesiapa nak offer kerja? :p

Oh,tadi baru bukak facebook.Tak banyak notifications dapat.Lepas tu takde orang ADD AS FRIEND *boleh jalanlah dengan FB ko.Ade kena mengena dengan aku? Hahahhaha.Memang takde,tapi saja nak bagitahu.Dah namanya update kannnnnn.Aku banyak ketawa buat entri ni.Tak tahu ape yang lawak sangat.Hohohohoh :))

Lepas tu lepas tu (double confirm) kesian kat Sally sebab topup RM60 hinggit dia hilang serta merta.Tinggal RM15 hinggit *itupun agaknya rewards for topup RM60.Kesiannnnnnnnnn~Takpelah janji ada handphone baru kann?Janji dah dapat ape yang ko nak.Handphone mahal tu!Huahuahua.

Okay saya sihat.Hahahaha *baru nak bagitau.Korang semua sihat?Family?Friends?Handphone okay?Lalaallala~Harap semua sihat sejahtera.Itu je.Kbai :)

p/s;Lepas ni nak update entri sepesial&entri dulu-dulu *ingat dalam otak ^___^

Friday, April 1, 2011

Im Lovin' It

(Picture yang sangat sangat tak comel.Cuma black&white sahaja)

Hello readers,
Welcome back to my blog.Fuhh,lama gila tak update blog.Okeylah hari ini dah pukul 12.30 pagi,Hari Sabtu.Dua hari lepas pergi McDonalds.Ya,McD.Haritu mak bagi coupon McD.Banyak gila.Macam picture bawah ni.Tengoklah.

(McD Coupon.Source-Google)

Sikit aje kan?Bukan.Bukan.Yang ni memang sikit.Tapi yang mak bagi tu banyak.Adalah dalam 30 keping.Hahaha.Mak printout black&white untuk beli breakfast kat McD.Hahahaha.Satu keping ticket boleh dapat 2 Free Big Breakfast ala carte dengan pembelian sebanyak RM5 dan ke atas.Oleh sebab nak expired date coupon tu yakni pada 31 March lepas,aku and my friends pergilah McD terdekat untuk exchange kupon tu.Banyak gila kott.Dalam 11 kupon aku guna.Maknanya 33 Big Breakfast aku beli.Fuyoohhhh~

(Ni lah Big Breakfast yang aku beli.Source-Google)

Sampai kat tempat kerja,bahagikan semua makanan ni dekat staf Rumah Abah (nama tempat kerja aku).Semua dapat kecuali Kak Ida sebab dia cuti haritu.Banyak gila weyh.Aku makan fillet-o-fish,pancake sikit and also Big Breakfast.Kenyangg gila kott :D Oh ye,lupa pulak nak cecite sikit.Aku keluar pergi McD dalam pukul 4.30 pagi.Aku sanggup tak tidur.Hahahaha.

(Oh my FOF.Sedap yo!Source-Google)

Itu sahaja.Banyak banyak banyak gila makan! (:

p/s;Kesian Abang kat McD tu.Keje lebih masa bangggg.Alalalala,siannya manager dia XD

Sunday, March 27, 2011

Tegarkah?

(Okay mula entri dengan letak pic sendiri yang perasannn comel lagi)

Salam/Hello readers.
Sebelum mula entri nak minta maaf banyak-banyak sebab kurang update blog atau diri menyepi buat masa yang lama.Blog pun dah lapuk.Takde sape nak jenguk.Truly Im very sorry :) Okay start story.

Sekarang ni masa nak buat balik blog aku.Yelah macam suram je.Aku jeles gila bila semua update blog and aku tak update.Aku lagi benci bila semua orang dah mula rajin buat itu ini, aku macam ayam berak kapur (okey aku dengan ayam bukan siblings).Aku lagi tak suka bila aku mengutamakan FB dari blog kesayangan aku ni.Okay,aku lagi benci bila diri aku ni nak berEMO bagai padahal takde orang nak baca blog aku.Ko tau aku dah simpan post ni berhari-hari dalam draf?Sebab apa?Sebab aku takde benda baru nak tulis.Otak aku kaku nak tulis bahan.Ya,sebab aku bukan blogger tegar.Tapi aku bukan nak cerita tu.Aku nak cerita ni :)

Aku nak tutup blog.Tapi aku sayang.Sebab tu entri ni aku tulis TEGARKAH?Bukan terjahkah okay.Aku tengah fikir adakah aku sanggup untuk tutup blog ni sedangkan aku masih ada niat untuk menulis.Lagi satu,aku memang luahkan apa-apa perasaan (tipu bukan semua!) kat blog ni.Aku memang "ikan sendiri" @ self-fish sebab aku tak fikir panjang nak tutup blog ni.Mesti aku akan rindu blog ni.Bloggers yang acapkali datang pun mesti akan rindu (ada ke?).Aah tak terfikir aku yang blogger lain mesti bosan sebab post aku tak menarik and hari-hari takde update.Aku baru terfikir semua tu.Okay boleh benci aku :)

Aku tamak sejak belakangan ni.Semua benda aku nak.Semua benda aku obses.Semua perkara aku nak selesai cepat.Semua benda nak aku kawal.Aku memang tamak gila.Mata duitan pun ada.Aku memang macam ni.Tak boleh ubah.Nak sesuatu benda,mesti kena cepat.Tapi hati aku kata sabar.Oh ya,tadi aku ada baca semua entri kelakar plus emo kat blog budak tu.Best sangat.Boleh tolong buat blog aku jadi menarik tak?Kahkahkah (ketawa guling-guling).Pastu,kebanyakan blogger aku tengok ramai yang tulis entri panjang-panjang.Aku tak.Sebab aku rasa semua akan rasa bosan sebab cerita aku banyak cerita merepek (aku rasa entri ni akan panjang.Mungkinlah kott).Kan?Kan? (ramai angguk setuju) Bagus!Memang layak blog aku kurang trafik,kurang orang click nuffnang aku (sebab tu kosong je duit) and kurang orang nak post kat ShoutBox aku.And tak lupa nak follow aku :D

Tadi tengok blog Bulan pasal Facebook.Setuju sangat Bulan.Tapi aku pun tak dinafikan ada jugaklah masuk dalam kategori-kategori yang Bulan senaraikan.Aku pasti ramai yang macam tu.Memang geli kan?Euwwwww.Hahahaha.Bulan memang best sebab blog Bulan best.Aku selalu stalk blog dia (jangan marah ye Bulan!).Next,apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah setiap blog yang aku follow aku suka tengok bila diaorang update new entri.Sangat suka.Aku follow ramai orang.Tapi orang famous macam Hana Tajima,Hanis Zulaikha,SueAnnaJoe,Yuyu Zulaikha and lain-lain blogger hebat-hebat aku tak follow.Sebab aku takut entri aku macam orang gila :)

Aku dua tiga hari ni meroyan tidur lambat.Sangat-sangat lambat.Sebab aku fikir nak post new entri ke tak.Aku bingung sebab aku takde cerita nak kongsi.Semua yang aku buat biasa-biasa je.Aku tak cool and aku tak hebat (arghh tak habis-habis ayat simpati) Aah aku memang minat ayat simpati.Aku nak orang kesian kat aku and selalu jenguk blog aku yang bodoh ni.Hahahahah (okay sumpah tak kelakar).Itu aje aku nak update.Aku pun tak tahu aku update hape.Aku just main tulis aje.So,jangan marah aku kalau tak dapat any information atau cerita yang bagus kalau korang baca sampai bawah ni.Sekian,aku undurkan diri.

p/s;Aku sayang Hana Tajima.Aku sayang mak aku jugak :D

Tuesday, March 22, 2011

Moden

Hello readers,
Moden?Pasal apa?Pasal apa? Zaman/era teknologi lah. Dunia dah moden so teknologi makin canggih.Kehkehkeh.Cehh,padahal diri yang kuno.Yelah,kita orang tak berada so memang jakun sikit.Excited sebab online guna iPad.Yess,iPad.Company ayah dah bagi iPad.Pinjam kat mak semalam.Bestnya tengok iPad tu sebab besar and boleh touch screen.Wee~Siapa yang tak gembira bapak gila bila dapat iPad kan?Hahahha.Bestttnyaaa *repeat banyak kali punya ;D iPad tu menatangnya macam picture bawah ni;

(iPad,sayang awak.Kehkehkeh.Source-Google)

Kini,saya dah moden *perasan :) Semalam try guna untuk online FB and terus update status baru.Bengong gila.Ya sebab apa?Tengok status saya tu "says;online using iPad ;) *glee jakun aku .LOL" Sepatutnya glee tu gler but iPad tu dah setting English so bahasa Melayu reject.Hahahah.Tu lah tak setting lagi dah gila jakun main iPad *ya,tolong gelakkan saya :)


Lepas dah main puas sepuasnya main iPad,mak tanya,so Arab nak iPad ke iPhone?Saya of coss jawab iPhone.Sebab handphone lama rosak.Sayang gila kott dengan hanphone tu.Tapi ayah tanya nak iPhone 3 or 4 and saya jawab iPhone3.Mesti korang suruh pilih iPhone 4 kan?Tapi takpelah taknak membebankan mak ayah.Janji dapat iPhone sudahh.Bestt apa iPhone 3 *repeat lagi best.Janji cover dapat Hello Kitty.Minat seyh.Tak tau kenapa :) Saya comel kot macam Hello Kitty?Kahkahkah.Buat lawak!

(Awww,cutenya screen iPad&iPhone ni.Sangat comel okeyh.Source-Google)


Dah habis dah :)

p/s;Bilalah nak update entri special&important tu erk?Dah jauh sangat tarikhnya :(

Sunday, March 20, 2011

Gembira

(Gambar perasan comel)

Hello readers,
Hehehehehe,mula tulis entri blog dengan senyuman :) *senyum lagi :)) Hari ini sangat gembira.Sebab apa?Jom cekedaouttt! (check-it-out)

Firstly,dalam dua tiga hari ni,pembaca blog Arab semakin banyak.Woah,suka suka suka!Semalam tengok ada 3 orang pembaca.Hari ni,tambah lagi 2 orang.Terima kasih you sebab sudi datang blog I even I don't know who you are.Like seriously THANK YOU!Yelah,blog ni bukannya femes :) Tak famous ke?Eh,famouslahh *perasan jap.Plus Bulan selalu datang singgah&bagi komen.Thanks Bulan!Then,Abg Stalker pun selalu datang bagi komen kat shoutbox even SB Arab tu punyalah kecik ngan picture kartun tu.Mekasih bebanyak Abg Stalker! :D

Kedua,kepada kakak sayang saya,AzieNurAshkin or ANABJ terima kasih kepada you sebab sudi email pictures I yang ada dalam kamera tu.I sayang you sangat-sangat.You tau kan tu!Plus,dia dah update blog.Arghh,rindunya nak tengok dia update selalu.Kan best macam ni.So,rajin-rajinkanlah tangan tu nak menaip wahai AzieAshikin sebab I akan selalu jadi silent reader you.Atau better you called I stalker?Sebab I selalu stalking you.Kehkehkeh :))

Ketiga,entahlah.Excited saja-saja.Boleh tak?Bukan apa,adrenalin ni meningkat sebab dapat tengok cerita Vampire Diaries semalam and Merlin hari ni.Esok nak tengok No Ordinary Family pulak.Harap tak lupa.And excited sekali lagi sebab dah download lagu Medley dari cerita Hindustan yang tengok baru-baru ni.Memang terbaiklahhh.Ada kuch-kuch hota hay,ka hona phray hay and macam-macam lagilah.Gabung semua lagu dalam satu cerita.Best best best!Nak tengok jugak ke?Klik SINI.Dari movie:Mujhse Dosti Karoge ;)

Keempat,tak lama lagi nak dapat iPhone3.Aduhh gembiranya.Tapi kan tapi kan,banyak lagi benda nak beli.Banyak sesangat.Rasa macam nak cari part-time job.Kahkahkah ;p Lepas tu kan,company ayah dah bagi iPad.Tak sabar nak cuba *perasan macam diri sendiri punya!

Dah habis.Sikit tak update?Sikit kan?Sikit kan?Memang pun.Lepas ni nak buat satu page PENUH boleh tak?Haha.Bye!

p/s;Next nak join contest lagi *Bersabarrr ajelahh.
p/s/s;Nak update something special&important :)

Sunday, February 20, 2011

Terabai

Hello&Salam.Omjayyy.Lama gila tak hapdate blog.Sungguh tak sengaja :) Ni semua sebab komitmen dengan kerja.Yelah sampai petang kat tempat keje.Balik rumah je dah dalam jam 7.00petang.Penat sungguh.Rasa badan sakit sangat.Even kat tempat keje boleh tidur,but seriously penat.Gila tak gila lah kan.Tengok ramai bloggers dah update dengan cerita terBARU.Jangan tak percaya sebab memang saya akan stalking blog orang lain.Terutamanya yang ada dalam list saya.For new followers jangan risau,nanti saya letak link anda :) Terima kasih sebab sudi follow.Ye,saya letak links sesiapa sahaja yang follow saya.Harap korang buat benda yang sama :D

Pelancong Korea yang perlu saya entertain dekat tempat keje tiga hari berturut-turut datang petang.That's why lah susah nak hapdate blog.Plus,online pun kadang-kadang.Plans yang ada pun banyak tergendala.Takpe.Dugaan tu.Hehehehe *senyum ajelah.Lepas ni nak buat entri lain :)

p/s;Saya memang selalu justify entri sebab nak nampak semua sama :D
p/s/s;Tajuk TERABAI ni sebab blog dah serabut dengan sarang labah-labah.Hehehehehe.

(Penatnya.Comel je anjing ni.Tapi KESIAN dia penat.Source-Deviantart)


PESANAN:Take care of yourself cause you are what you are *tetiba

Wednesday, February 16, 2011

Diri sendiri

(Sweettttt ^____^ Source-Tumblr)

Mulakan entri dengan senyuman.Rasanya dah nak seminggu tak hapdate blog ni.Cehcehceh.Macam ramai je pembaca.Mekasihlah sebab sudi baca.Apepun,dalam beberapa hari ni,blog ni macam sunyi.So,nak ceriakan sikitlah.Nak ubah mana yang patut.Then,nak post entry baru banyak-banyak sebab ada yang tertunggak lagi ni.Hahahaha.Mood blog masih ada lagi.Teruskan berbloginglah jawabnya.

Dah banyak kali login kat blogspot ni,tapi malas nak update blog.Balik-balik pergi blog orang pastu baca entri.Macam bosan pun ada.Bukan entri diaorang tapi diri sendiri.Yelah,sebab internet lembab then blog pulak macam serabai.Lalalalala.Buka facebook,layan kengkawan.Tu je aktiviti bila buka laptop ni.

Rasanya nak tukar layout tapi tengoklah dulu.Then,nak ubah page kat atas ni.Pastu kan,nak buang sikit gadget kat tepi blog.Banyak sangat.Semak.Then,hurmm nak buat ape lagi erk?Nak tukar header.Ramai blogger pakai header cecantik.So,kena tukar jugak.Lepas tu,banyak lagilah.
*macam mampu buat je kan? -ketawa berdekahdekah (^^,)

Entri baru adelah include birtday,result,kahwin and lain-lain.Nak letak semua picture yang ada.Nak tulis entri panjang-panjang.Nak semua orang baca entri baru.Nak kumpul followers lebih banyak.Nak jadi kepochi dengan baca entri orang lain.Nak jadi blogger yang lebih baik and yang penyayang *orang tau ke?Hahahahaha :)

Lepas ni nak tidur tapi nak cipta sikit pantun *erk!(seloka?sajak?syair?) Entahlah :) Untuk followers.Special punya.Rasa macam special.Tak tahulah bagi korang.Tengok ajelah nanti.Sekarang tengok dengar lagu Cina,tunggu katun Bleach habis download,layan FB jap ngan nak cari lagu baru.Oh tak lupa nak duit banyak.ROFL :D And tengah minum air sirap ais buatan sendiri *self-service.

Esok kerja macam biasa.Nak cuti dua hari,tapi tak sanggup.Nanti gaji sikit.Takpelah demi cousin,berkorbanlah sikit :p Tahniahlah buat abang cousin sebab dah kahwin.Belah abang nanti kitaorang satu family datang.Hahahah *mcm betul aje :)) Oh,Azie,my sis,dah start menggelabah cari buku perdaganganlah,akaunlah,ekonomilah and macam-macam lagi.Maklumlah dah ambil major dah.Tak lama lagi jadi cikgu.So,boleh belanja.Kan angah kan? *senyum sampai ke telinga.

Okeylah dah habis.Tamat *tulis semata-mata nak update blog.Bagus kan? :)

PESANAN:Nothing in this world important except what you decide for yourself.

Friday, February 11, 2011

Stuff

This post will not be included with any pictures.

This night I keep thinking why did I blogging?To express my emotions perhaps.Or maybe just to write.Yes,about anything.My life,fights,fairytale and nightmares.I think my blog is about myself.The way I portrait myself in life.I guess nothing much help me to take initiative to write.When I want to write,I will.Feel empty tonight.Well,I forgot that I'm alone.Currently listen to Taylor Swift-Back to December and I think I can relate to it.I have try my best to keep my blog alive.I did.And I still will.InsyaALLAH.

Never I thought in my life that cyber world will give a hard effect on my life.Addicted?No I think.It's just hurmm how should I put this in word?Bored I guess.Maintaining a blog need passion and well I don't have any.I know it's sound so dead to you all if you read this entry.Seems like I want to 'kill' my baby blog aite?I'm not.Maybe for time being.I wish my blog to be popular like others without any effort that I need to put.Well,I'm wrong.Guess zero effort aren't enough.Pfft.

Yeah,I know you guys will totally think what the heck I'm doing this entry.Well,fyi,I do express myself sometime.This is one of it.I don't know what to write next.Browsing people blog.Perhaps sleep infront of my lappie.Feel very sleepy but my eyes deny me from sleep.I keep writing to satisfy my wish to keep updating my blog.Thank you again for those who follows me and put my links in thier blog.Really appreciate it.Well,Im done talking and writing.So go ahead,piss me off,throw your angry at me cause I made you read my stupid thought.

PESANAN:I keep smiling eventough I hurt and feel down.

Thursday, February 10, 2011

Nothing


(Balloon.Wish them are here with me.Source-Deviantart)

Arghhh.It's been a while since I update my blog.Now I'm back.Yeah absolutely.Past few days are very tiring,but I know I have to keep blogging cause all of you.Yes,to my loyal readers.I'm quite trilled cause my followers are getting increase each day.Thank you for those that follow me :D Plus,I'm getting new blog friends.While stalking other people blog (which are my follower's and who have visited me) make me realise that I'm just a kid that new to this blog thing and I'm still learning.Some of them are very popular and so professionally handling this blog stuffs.How cool is that?

Keeping update about blog is a must I think.I always try to discover new things about blog.Yeah,in the process currently.I love how people express themselves in blog.That's why,every blog that I followed will mean something to me :) I hope that my blog lists will satisfy people that followed me and I also hope that they'll link my blog in theirs.Will write more stories about myself and others.

Photography?Yes,I into it now.But doesn't have any lomo or DSLR to add sparks in my interest :( Getting know new people and learn about other people blog,make me feel great.Some of them are inspiring and some are not.Sorry cause this update doesn't have specific topic.I'm just write what's on my mind.Random stuffs I guess :D Oh yeah,I wanna buy new clothes,but unfortunately I'm broke.Money plays great part in my life.I can't live without it.

I rarely online my Facebook these days.Feels so lazy to do that.Btw,I feel like to hold two jobs at the same time.It must be tiring aite?But I just feel to try new things :) Exam result will come out soon,just wait patiently here.Listening to old songs make me imagine the past and I like it :D Omjayy gonna be my next word.LOL.That's all for current update.Hope you all will not say this is so silly/stupid update post at the end of the line.Just smile.My randomness thought that I've post in my blog ^____^

PESANAN:Blogging can make people happy but too much critics will cause pain to others.So think before you write ;)

Monday, January 17, 2011

Treasure It

Hello bloggers.Welcome back to my blog.Terima ksih lah sudi menjenguk blog yang sentiasa tak hapdate lagi ni.Heeheheheh.Okeylah nak open new story but before that,jangan marah kalau saya menggunakan bahasa campur dalam post kali ini.Bukan niat nak merosakkan bahasa,cuma sekadar suka-suka.

Story ni pasal diri sendirilah sikit.Pengalaman tu mengajar orang untuk lebih matang.Totally agree :)

( Indian dance pun best jugak )

Saya sekarang of course bekerja sebagai dancer at a tourism centre.Duty saya adalah untuk dance if tourist datang.Kat tourism centre ni,we accept just Korean people.First time kerja sebagai part time hingga sekarang full time,happy sangat bila jumpa orang Korea.Yeah,I've met many Koreans :) Yelah excitedlah diaorang suka tengok Malaysian dance.Kamsahamida ^^ Bekerja mengajar saya erti susah dan hidup sebab banyak yang saya belajar dari pengalaman ni.Orang kata kerja susah,ya ia memang susah.Cari duit tu susah rupanya.Apepun saya bersyukur sebab pengalaman kerja ajar saya erti KESUSAHAN

( Zaman muda-muda dulu pakai uniform sekolah.Dah tua nanti nak pakai baliklah.Hehe. )

Saya dulu pernah menjadi seorang student.Ya,sekolah rendah dan menengah.Masa jadi student dulu,saya sangat benci menjadinya.Yelah,bangun pagi,dengar cikgu bebel,belajar,extra class and macam-macam lagilah.Yang best jadi student of course lah memories.Suka,duka,tawa and nanges semua bila jadi student.Memories tu susah nak dapat.Masa jadi student benci,bila dah tak jadi teringin plak nak jadi balik.Semua benda yang terjadi kat sekolah tu tak dapat dibuat balik.Betapa regretnya sebab lawan kata cikgu,tak buat keje and sebagainya.Haha.Semua tu sebab belum matanglah katakan.Hohohoho.Terima kasih nak cakap kat kawan-kawan and cikgu all sebab sudi jadi kawan@ajar semua kepada saya.Hidup ni sunyi kalau takde mereka semua.Gereklah sekolah-sekolah yang pernah saya belajar.Terpahat semua.Apepun saya bersyukur sebab pengalaman student tu ajar saya erti KEBAHAGIAAN

Blogging.Ya,dari sini saya menjadi blogger.Dari rajin hapdate ke tak berapa nak rajin,semua saya kat blogspot ni.Sorry kawan-kawan kat blog ni.And sorry Mr.Blog.I love you.Sebab apa?Tentulah tak sempat atau busy dan juga alasan yang utama,MALAS.Blogging ni sesuatu yang best tapi sebab sikap saya yang berpusing-pusing ni,saya memang selalu abaikan tanggungjawab untuk tulis sesuatu.Dari blogspot,saya tahu pelbagai tentang blog.Dari penulisan yang menarik hingga blog yang hanya untuk perniagaan.Secrets,admire,hate and love semua orang tulis.Kehidupan mereka,peribadi.Best jugak dapat experiences mereka ni.Kadang-kadang masa baca blog orang tuh ade jugak terbayangkan situasi time tuh.Macam mane lah mereka melaluinya :) Apepun saya bersyukur sebab pengalaman blogger tu ajar saya erti KEHIDUPAN

Itu sahajalah nak hapdate setakat ni.Jari pun penat menaip.Haha.Jumpa lagi sayang XD

PESANAN:Semua yang kita buat akan jadi pengalaman.So treasure that experiences cause it aint happen twice :)

ARAB says;Yang penting pengalaman saya menjadi seorang anak.Mak ayah,akan ku balas jasamu dan demi Allah,tak cukup apa yang ku beri padamu berDUA hingga akhir hayatku kerana penat lelah kalian membesarkan AKU"

Sunday, December 12, 2010

Hair-Rambot

Hello.Welcome again in a new post.Talking about hair,there are many kind of hair.Straight,curly,afro and even "ikal mayang" said my mom.Lets we see kind of hair.

1.Straight hair
Cantik,bergaya and FUHH!

Ya,orang berambut lurus sangat best.Dulu saya minat nak buat rambut macam ni,tapi sekarang dah kurang.Yelah bukan apa, rambut saya jenis ikal mayang+afro sedikit yang begitu tegar.So,bila dah straighten nya,ia akan jadi kerinting balik.Susah nak jaga.Orang yang berambut lurus juga susah nak maintain sebab banyak kena jaga.Kalau tak cepat rosak.Nak-nak pada hujung rambut. Tapi ada jugak orang yang berambut lurus ni,tak payah jaga pun nampak cantik je *eleh ingat I tak tahu U guna Rejoice ke?Hahaha.

1.Curly hair
Comel kan?Kan?

Ketinting.Hehe.Rambut kerinting.Best sangat ada rambut jenis ni.Sebab apa?Yelah kalau dah besar macam Alleycats tu,look very very unique.Hehehe.Aku termasuk sikit dalam kategori rambut ni.Rambut ni kalau tak dijaga dengan rapi,boleh menyebabkan bau.Terutamanya yang dalam rambut yang dah bergulung guling. Sebab tu kena rajin sikat supaya tak bergulung.Orang rambut kerinting ni nampak sangat style bila dh pandai menggayakan rambut.Tebal&besar sangat² dapat menarik perhatian orang. So,orang berambut kerinting jangan malu nak tunjukkan kekerintingan anda!

1.Wavy hair
Camni ke wavy?Heheheh

Hah pening dh eden nak fikir wavy ni.Rambut jenis beralun ni boleh ke dikategorikan sebagai 'ikal mayang' @ adek kepada ketinting?Agaknyalah.Sebab macam takde beza sangat.Dulu rambut Taylor Swift ni macam aku nampak wavy giler,tapi dalam picture ni tak nampak sangat pun.Hehehe.Tapi orang rambut wavy ni nampak macam special.Yelah macam buat kat kedai je padahal memang semulajadi.Rambut wavy ni susah nak dibezakan bagi akulah sebab semua pattern dia macam ala ala kerinting sedikit.Bukan kerinting giler bapak tapi macam like² je.So,apepun orang yang berambut wavy ni totally comel.Macam Taylor <3

Sebenarnya banyak lagi type of hairs,tapi malas sangat nak tulis.Sebab dalam ketiga-tiga kategori kat atas pun ade peringkat bezanya.Kan?Kan?Huhuhuhu.So,apepun rambut yang kita ada,jagalah dengan baik&rapi.Jangan guna produk bukan-bukan atau syampoo yang tak sesuaiiii dengan rambut tu *ecececece, nasihat macam pakar rambut pulak. Lagi satu,janganlah asyik buat kat salon aje rambut tu,nanti damage melampau pulak.Hahaahah :D Btw,ni ada ads Celcom yang buat rambut meletopp. Aku choose nak buat rambut macam perempuan yang last sekali dalam ads tu!Jengjengjeng.



P/S: Rambut botak lagi bestt kott~

ArabFLUFFY,1.31AM