Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Again, rasa nak menulis walaupun busy. Okeylah. Puasa ni rasa sangat penat sebab berdiri lama sangat kat kerja. Walaupun begitu, tetap gagahkan diri. Cehhh padahal nak cerita pasal buka puasa. Okeylah tadi buka puasa macam gila gila sikit. Tertidur sampai tiba waktu berbuka (okey ngaku tertinggal Asar. Hiks) then solat maghrib dulu baru keluar cari makan. Oleh kerana perut ni menggatal sangat nak makan memacam, misi mencari terus bermula. First start dengan kedai makanan port biasa yang dikenali sebagai KEDAI GELAP. Sebab apa? Sebab kedai tu tak berapa nak terang. Belilah meehoon goreng (extra) with ayam ketul. Sumpah banyak sangat - Awaaaa saiaaa tak kuadddd :'( Hikhikhik.
Selepas tu, kerana perut lagi gatal tengok McDonalds terus kepala memberi arahan untuk makan McD. Kosser tau. Pergilah mencari. Membeli Spicy Chicken McDeluxe. Saiz medium je. Serious ni. Sangat serious. Lepas tu kan, lepas tu, lepas tu, hati pulak teringin nak makan keepci (KFC). Makin gemuklah macam ni. Gemokgemokgemok *nada mengejek. Kat KFC beli nugget and cheezy wedges. Memang tamak haloba betul. Teruk sangat. Tak bersyukur. Lulz. Lepas tu, makan meehoon dengan ayam ketul je dah kenyang. Sudah, siapa nak makan selebihnya? *simpan untuk sahur. Hahahahaha.
Hidup style baru dengan menggemukkan diri. Lepas makan, terus tengok Facebook. Main farmvile. Lepas tu, tengok youtube, update blog. Sangat tidak menyihatkan. Patutlah badan makin besar. Tsk tsk tsk. Kekadang hidup ni memang tak adil. Kenapa mesti orang gemuk kuat makan? Kenapa? Kenapa? Lulz. Diamlah. Takkan nak buat survey pulak. Tapi tapi takpe gemuk itu comel. Gemuk itu sexy. Gemuk itu menarik minat orang nak tengok betapa gemuknya diri sendiri. Hidup penuh pasrah. Hahahahhaha. Bersabar jelah. Okeylah malas nak update pepanjang. Kalau ada masa lebih, jom tengok bideo Marina and the Diamond - Lies. Best gila! :)
No comments:
Post a Comment