Monday, July 29, 2013

Stress

Tepi artis glemer dah datang.

Hai semua. Hai semua. Hai semua. Bukan apa title post ni memang stress. Bukan sebab duit, bukan sebab exam, mahupun sebab peribadi tapi sebab lagu raya. Gila tempat kerja dah start pasang lagu raya. Mana tak sendu, sedih and stress. Nak balik ngumah, nak try baju Melayu semua. Nak nak nak. Paham tak? Kosser. Sambil sambil buat kerja tu terdengar lagu raya rasa macam nak sepak je siapa yang jaga sistem audio ni. Kenapalah nak datangkan mood raya bila kena kerja? Kenapa? Kenapa encik? Encik tak kesiankan saya ke? Ke encik nak saya bakar semua pembesar suara tu? HAHAHAHAHAHAHA *kelakar sangat.

Harini tak banyak kerja sangat. Yelah tak ramai pun customer yang hadir. So tadi masa kerja boleh jenjalan, boleh tido, boleh buat hal sendiri. Sibuk sangat melayan twitter sampai ternampak twit YIYING pasal tart nenas. Hmm. Saje je. Dahlah wa puasa, dia boleh twit macam tu. Boleh? Boleh? Tsk tsk tsk. Boleh tak jangan buat nafsu wa bergelora berjimba bagai? Geram angat! Lepas tu dia boleh balas pasal petai sambal ke apa. Again, tsk tsk tsk. Sedap tau sedap? Lapar pun ada. Alhamdulillah berjaya tahan nafsu yang ada. Dan selamat berbuka untuk harini.

Okeylah, memang ada jugak stress lelain dalam bulan ramadhan ni. Tengok juadah sebelum buka kemain beli sebakul macam nak jual kat makcik sebelah. hakikatnya, bila buka, just minum air dah kenyang. Lepas tu mulalah nak membazir. Tadi buka nasi tomato dengan ayam percik. Ayam percik pedas baq hang. But okeylah masak. Selalu orang jual ayam percik dalam tak masak. Sedap pulak tu. Nasi sikit so akak penjual ni bolehlah memperbanyakkan sedekah di bulan mulia dengan menambahkan nasi tu lebih sikit ye kak. Natang betei. Setakat ni jelah post kali ni. Tunggu habis prektikal baru update bebanyak. Selamat malam dan selamat beramal semua. XOXO.

No comments: