Sunday, July 28, 2013

Thinking

Asyik makan je. Puasalah!

Kosser. Eh, sorry. Assalamualaikum. Sempena bulan puasa ni, and bebaru nak start tulis balik, dimulakan cerita merepek dulu. Sebenarnya tak dapat fikir bab penulisan ni. Ye, kering idea - "Awaaaaa saiaaa takkk kuaddddd :'( " Kehkehkeh. Saje je. Okeylah, bukan gegatal nak update blog cepat tapi sebab esok keje takut penat so takut tak dapat update so takut bosan blog ni, jadi wa ambil langkah padu untuk tulis jugak. Ada terfikir nak buat header but nanti-nantilah. Esok masuk kerja pukul 7 kenalah tido cepat, tak gitu? Impian wa harap blog ni akan jadi megah. Akan wa gagahi untuk berblogwalking sellau and pastikan ramai follow wa even wa takdak story menarik. Wa sekarang buntu nak buat apa. Wa kena tidur cepat, bangun sahur lepas tu kerja. Apak bosan. Seriously macam takdak life. Balik keje penat. Tido lagik. Terus buka puasa. Aisehh. Memang kitaran hidup yang terlampau asyik and bawah tempurung. Kahkahkah.

Okeylah kalau korang sudi lawatlah blog ni selalu. Akan wa update everidey. Kalau berkesempatanlah. Ramadhan ni memang penuh dengan cabaran. Bakal update kehidupan seorang student melalui saat saat getir Ramadhan tanpa keluarga disisi, kemudian kemeriahan menyambut Hari Raya. Ada lagi cerita mendatang tentang Latihan Industri (LI) yang dijalani, kemudian nak update pasal student life. Kehidupan semasa pun ada and lastly maybe ada pasal seseorang. Wakakakakakaka. Cerita cerita ini semua bakal menyusul selepas entri ni. So bersiap sedia jelah dengan tisu and tuala bagai sebab takdak bahagian sedih pun. Kalau ada sesikitlah. Kosser.

Cukuplah kalau nak taip panjang ni. Kena fikir theme blog lagi, headar semualah. Lainlah kalau wa memang dah femes dan pandai edit coding bagai ni. Wa budak baru belajar. Kejap kejap stop. So wa nak kena pick up bebenda ni dalam masa terdekat. Okeylah wa harap korang terhibur sepertimana korang tengok Despicable Me 2. Sumpah minions comel. Tapi sekarang semua dah macam gila. Hope korang bertobatlah ye. Sekian.

1 comment:

Zu said...

Wehehe. Ni mesti cun melecun header blog Arab. Btw, theme blog kita sama. Suka tengok. Clean gittew. Hiks.