Thursday, March 26, 2009

Memories Will Never Fade Away



Terimbas kembali detik-detik semasa di sekolah.Macam-macm incident ada.Dulu masa mula-mula masuk Form 5,ade berape orang erk?Hah,23 kalau tak silap.Aina,Izzah,Jojo,Ananth,Pka,Buva,Thika,Zindhu,
Mjj,Peggy,Shiyin,Farin,Aida,Fahmy,Jeg,Wanying,Criss,Twin,Sab,Aku,Ijat,
Botz and Ahbey.1,2,3…Hah betullah 23.Hurm.

Lepas masuk kelas,biasalah memekak.Sekali datang cikgu yang comel molek,Cik Wan Muslimah(sekarang dah kahwin,Pn Wan Muslimah).
Semua bangun.Lepas dah bagi salam,duduklah apa lagi.Cikgu kenalkan diri then masuklah calon-calon ketua and penolong kelas.Tapi sebelum tu,Cikgu kenalkan budak baru.Ada 2 orang masa tu.Rashed dari SMK Seri Alam.Mula² macam skema tapi dah kenal dah boleh jadi gila.Pastu budak perempuan dari Kelantan,Azmira Syakilla.

Lepas cikgu announce jerk,ape lagi menganjing ar semua (except yang berimanlah).Haha.Tepat jam 9.00 pagi,cikgu suruh pilih monitor and assistant.Bising punya bising (nak² Ijat yang sibuk calling² nama orang) akhirnya dia yang kena.Hwa3x Padan muka.Good very good.Assistant pulak semua support Aina.Dengan rasminya diaorang dapat tanggungjawab tu.Chinese girls and aku&Sab sibuk nak hias kelas.
Macam-macam dalam kepala.Tulah,nilah sampai tak terbuat-buat.
Pastu akulah yang memandai-mandai rombak kelas.Semua susun meja tiga-tiga.Last kat belakang kelas letak 4.Yelah tempat aku,Botz,Ijat and Ahbey.

Barulah mula sesi kenal-kenalan ngan pelajar² baru.Aku biasalah susah nak bergaul.Pemalulah katakan.Bila time rehat ,aku sensorang kat kelas.Tetiba budak baru,Syed datang and tanya aku kantin kat mana.Aku dengan malunya sambil menatap majalah sekolah tahun lepas Cuma cakap “kat sana” (dengan tunjuk tangan) ngan dia.Dia rasa macam tak dilayan terus blah.Makin lama,makin rapat semua.Aku ngan Syed pun dah okey.



Then mulalah ada puak masing-masing.Izzah,Aina,Pka and Jojo satu geng.Fahmy,Aida satu geng.Jeg and Ananth satu geng.Semua Chinese satu geng.Budak² India girls pun satu geng.Aku,Ijat,Syed,Ahbey,
Botz,Twin and Sab
dah tubuhkan lama geng kitaorang.Farin pun bolehlah join semua group.Geng kitaorang dinamakan Geng ARE.Geng kitaorang je okay ngan geng² lain.Aku agaklah.Sebab kitaorang yang paling kecah.Menyanyilah,cakap kuat-kuat r and macam-macam lagi.Banyak menganjing cikgu (nasib tak kena sumpah jadi anjing).Then ada 2 orang lagi budak baru masuk.Denise and Mimi atau aku panggil Mirmo Zibang.Haha =)) Denise aku kenal masa sekolah rendah.So tak yah cakap r.

Dari situlah kitaorang mula huru-harakan kelas.Best tak terhingga.Dari matapelajaran yang senang ke susah kitaorang rempuh je.Banyak main pulak tu.Biasa budak lelaki geng ARE lah yang kecoh sekali.Main nomborlah,main bingolah and lelain.Keje sekolah macam tak bertimbun pulak.Ada yang tak boleh tahan tu,AddMath teacher kitaorang.Sebabkan ramai yang fail,Teacher wat keje sampingan.Buat yang basic punya.Kitaorang guna macam kad yang de latihan.Ada 20 kad semuanya.Masing² berebut nak buat.

Teringat memories ni semua,rasa macam sekejap je.Yelah kitaorang tempuh semua sama-sama.Nak² dah nak SPM then leave the school.Masa pre-SPM tu semua kelakar.Memekak je keje lepas habis paper.Kalau yang real pulak,semua sibuk baca buku.Tulah orang suruh study awal-awal taknak,dah dekat baru nak baca.Rugi pulak bila ingat tak belajar betul-betul.

Ouh lupa pulak bila masa tuisyen Ibnu Sinar (kelas tambahan) Rajin betul kitaorang datang except Syed and Beyy r.Lepas pukul 2.15 balik sekolah terus ke Restoran Kak Mar.Yelah makan lunch.Kelas tambahan kul 3.Jalan kaki ke Kak Mar dah 20minit.Nak makan and tunggu masak lagi dah tak sempat.Even macam tu,balik dari makan tu,still beli jajan lagi.Makan pulak kat kelas.Haha.Kadang² beli goreng pisang (kalau aku rajin bawak moto keluar sek lah).Yang paling aku suka bila kelas Cikgu Fazlina.Biolah babe!Suka gila tapi Bio aku tak dapat A gak.Huhu.

Itulah memories yang takkan aku lupa.Ye maybe pasni kitaorang berpisah tapi setakat ni aku,Botz and Syed je still together-gether pegi memana.Lagipun kitaorang selalu pegi CC main CS.Aku,Botz and Syed cadang nak pegi Kolej PTPL.Aku takut sangat sebab aku ni dahlah pemalu.Kalau diaorang tak dapat pegi camna?Aku takut nak mulakan conversation.Aku takut orang taknak kawan ngan aku.Aku takut aku tak dapat catchup apa yang aku bakal belajar.Aku takut semua.Tapi kalau ada rezeki,InsyaALLAH kitaorang dapat pegi sesame.Tu je doa aku setakat ni;and aku harap geng² ARE takkan lupakan aku dan begitu juga sebaliknya.Guys I heart u all so much.Kept our memories k.



The Geng-ARE personalities

Sab Samsudin^^
Trendy,Smart,Pretty
Ijat Shahrodin^^
Cool,Funny,Fantabulous
Ana Shah^^
Beautiful,Clever,Cute
Ani Shah^^
Lovely,Sweet,Intelligent
Botark Kamarudin^^
Hilarious,Marvelous,Amiable
Syed Amtenar^^
Moderate,Droll,Brainy
Ahbey Mat Azemin^^
Chily,Witty,Crazy

ME?? - Describe yourself :D

No comments: