Sunday, March 27, 2011

Tegarkah?

(Okay mula entri dengan letak pic sendiri yang perasannn comel lagi)

Salam/Hello readers.
Sebelum mula entri nak minta maaf banyak-banyak sebab kurang update blog atau diri menyepi buat masa yang lama.Blog pun dah lapuk.Takde sape nak jenguk.Truly Im very sorry :) Okay start story.

Sekarang ni masa nak buat balik blog aku.Yelah macam suram je.Aku jeles gila bila semua update blog and aku tak update.Aku lagi benci bila semua orang dah mula rajin buat itu ini, aku macam ayam berak kapur (okey aku dengan ayam bukan siblings).Aku lagi tak suka bila aku mengutamakan FB dari blog kesayangan aku ni.Okay,aku lagi benci bila diri aku ni nak berEMO bagai padahal takde orang nak baca blog aku.Ko tau aku dah simpan post ni berhari-hari dalam draf?Sebab apa?Sebab aku takde benda baru nak tulis.Otak aku kaku nak tulis bahan.Ya,sebab aku bukan blogger tegar.Tapi aku bukan nak cerita tu.Aku nak cerita ni :)

Aku nak tutup blog.Tapi aku sayang.Sebab tu entri ni aku tulis TEGARKAH?Bukan terjahkah okay.Aku tengah fikir adakah aku sanggup untuk tutup blog ni sedangkan aku masih ada niat untuk menulis.Lagi satu,aku memang luahkan apa-apa perasaan (tipu bukan semua!) kat blog ni.Aku memang "ikan sendiri" @ self-fish sebab aku tak fikir panjang nak tutup blog ni.Mesti aku akan rindu blog ni.Bloggers yang acapkali datang pun mesti akan rindu (ada ke?).Aah tak terfikir aku yang blogger lain mesti bosan sebab post aku tak menarik and hari-hari takde update.Aku baru terfikir semua tu.Okay boleh benci aku :)

Aku tamak sejak belakangan ni.Semua benda aku nak.Semua benda aku obses.Semua perkara aku nak selesai cepat.Semua benda nak aku kawal.Aku memang tamak gila.Mata duitan pun ada.Aku memang macam ni.Tak boleh ubah.Nak sesuatu benda,mesti kena cepat.Tapi hati aku kata sabar.Oh ya,tadi aku ada baca semua entri kelakar plus emo kat blog budak tu.Best sangat.Boleh tolong buat blog aku jadi menarik tak?Kahkahkah (ketawa guling-guling).Pastu,kebanyakan blogger aku tengok ramai yang tulis entri panjang-panjang.Aku tak.Sebab aku rasa semua akan rasa bosan sebab cerita aku banyak cerita merepek (aku rasa entri ni akan panjang.Mungkinlah kott).Kan?Kan? (ramai angguk setuju) Bagus!Memang layak blog aku kurang trafik,kurang orang click nuffnang aku (sebab tu kosong je duit) and kurang orang nak post kat ShoutBox aku.And tak lupa nak follow aku :D

Tadi tengok blog Bulan pasal Facebook.Setuju sangat Bulan.Tapi aku pun tak dinafikan ada jugaklah masuk dalam kategori-kategori yang Bulan senaraikan.Aku pasti ramai yang macam tu.Memang geli kan?Euwwwww.Hahahaha.Bulan memang best sebab blog Bulan best.Aku selalu stalk blog dia (jangan marah ye Bulan!).Next,apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah setiap blog yang aku follow aku suka tengok bila diaorang update new entri.Sangat suka.Aku follow ramai orang.Tapi orang famous macam Hana Tajima,Hanis Zulaikha,SueAnnaJoe,Yuyu Zulaikha and lain-lain blogger hebat-hebat aku tak follow.Sebab aku takut entri aku macam orang gila :)

Aku dua tiga hari ni meroyan tidur lambat.Sangat-sangat lambat.Sebab aku fikir nak post new entri ke tak.Aku bingung sebab aku takde cerita nak kongsi.Semua yang aku buat biasa-biasa je.Aku tak cool and aku tak hebat (arghh tak habis-habis ayat simpati) Aah aku memang minat ayat simpati.Aku nak orang kesian kat aku and selalu jenguk blog aku yang bodoh ni.Hahahahah (okay sumpah tak kelakar).Itu aje aku nak update.Aku pun tak tahu aku update hape.Aku just main tulis aje.So,jangan marah aku kalau tak dapat any information atau cerita yang bagus kalau korang baca sampai bawah ni.Sekian,aku undurkan diri.

p/s;Aku sayang Hana Tajima.Aku sayang mak aku jugak :D

3 comments:

Zu said...

=.=

Apasal pulak? Kita selalu jengah2 blog Arab. Jangan lah tutup. Isk. Arab ni. Tau, tau, tau! JANGAN.

*mata colour merah? Kanta lekap eh? Ehe.

Arab said...

Haha Zu,Arab tau Zu mmg loyal pada blog Arab yang tak seberapa ni.Thanks Zu kerana cukup supportive! :D

p/s;Aah contact lens :)

Zu said...

Sentiasa! Ehe. Kita banyak habiskan masa kat blog. Kat fb, dah terlalu awam sangat. =.=