Tuesday, March 15, 2011

Pengakuan


(Confession of a boy who adore the balloons ^__^ Source-DA)

Ya,aku mengaku yang aku bukan seorang blogger tegar.Niat hati nak menjadi blogger yang hebat ada,cuma mungkin belum masanya.Tumpuan aku belum lagi pada blog sepenuhnya.Aku update pun jarang-jarang kalau korang ikuti perkembangan akulah.Sorry kalau korang rasa penggunaan perkataan AKU ni buat korang rasa annoying sangat dengan aku.Tak berniat nak bersikap kurang ajar :)

If korang perasanlah,setiap kali update mesti aku bagi alasan yang sama.Sibuk.Sibuk.Sibuk.Ya,aku rasa hidup aku macam busy sangat.Aku ingat lagi masa aku naik Form Six,kawan aku ada bagi quote ni hasil ciptaan dia sendiri yang lebih kurang macam ni,


"Aku harap aku mempunyai lebih banyak masa kerana hidup aku sekarang ni tunggang langgang"


Tak macam quote kan?Tapi itulah yang sebenarnya terjadi pada aku.Seriously =.=" Lepas tu,aku banyak sangat join contest kan?Biasalah budak baru dalam dunia blogging.Aku bukan Hanis Zalikha,Ben Ashaari mahupun SueAnnaJoe yang dah lama sangat berkecimpung dalam dunia blog ni,aku masih mentah.Masih banyak benda nak belajar.Tahap aku dengan blogger Bulan pun macam jauh sangat bezanya even umur dia bawah aku.Kan Bulan kan?

Mereka yang lama dalam dunia blogging ni tahu kehendak blogger-blogger yang ada,tak macam aku suka sangat cerita pasal diri sendiri.Kan,kan,kan? *bongek (monolog sendiri).Entahlah aku rasa macam setiap kali aku nak post entri baru,serasakan entri tu macam kurang intipati ataupun perkataannya tak lebih dari 300 patah perkataan.Tak macam aku buat karangan Bahasa Melayu dulu-dulu.Bukan main banyak idea dengan peribahasa,simpulan bahasa dan berbagai-bagai lagilah :D

Bukan memilih atau berkira sangat,cuma aku takut orang yang singgah kat blog aku ni cepat bosan.Yelah,update setakat cerita pendek.Macam bodoh je kan?Lainlah kalau penulisan kau memang selama ni panjang berjela yang orang macam aku ni minat baca,bolehlah update cerita pendek sesekali.Ni tak,setiap kali entri,asyik penuh dengan gambar je.Lepas tu,tulisan macam takde warna lain,asyik pink,pink,pink.Bosan tengok.Sebab tu followers tak ramai.Mungkin salah satu faktor :(

Pengakuan tegar ni dibuat sebab aku rasa blog aku ni sunyi.Yelah sunyi sesangat.Macam takde pengunjung langsung.Tengoklah trafik tu lembab je.Dah jadi macam Facebook lah kott =.=" Okeylah pengakuan ni ditutup sebab aku dah takde idea nak tulis ape.Tersekat-sekat macam inilah selalu terjadi.Lepas tu simpan dalam draf.Bila tak suka&taknak sambung delete terus.Bagus kan perangai?Ish ish ish.Tahniah :)

2 comments:

rosdud said...

hei arab ni benda biasa. mula2 berblog bulan pun rasa gitu. chill :)teruskan menaip.

bulan baca entri ni sampai habis! :)

Arab said...

Hehehhe.Mekasih baca sampai habis.Of cos akan terus menaip.
:)
p/s;Bulan besttt.Support blogger baru macam Arab nihh ^^