Saturday, November 20, 2010

High-school-things

Salam.Kembali buat blog.Bukan taknak,cuma sibuk sedikit.Setiap pertemuan ada perpisahan.Ia betul.Ia benar.Setiap perpisahan itu ada hikmah dan ia betul.Ia benar.Musim sekolah tinggi sudah habis.Budak² sekolah sudah mula bercuti.Saya?Ya,saya akan menghadapi satu peperiksaan besar selagi saya bergelar PELAJAR PRA-UNIVERSITI.Ya,saya ambil Tingkatan Enam sebab keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya kurang bagus.Tahun ini saya akan ambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula.Hari Jumaat tanggal 19 November 2010,hari yang paling bermakna.Sesi bermaaf-maafan dengan semua.Para pendidik dan rakan.Tapi sebelum itu,nak tunjuk yang saya masih seorang pelajar.




Ya,semua gambar diatas saya punya.Teringat dengan sekolah kan?Sangat hebat sebenarnya berada di sekolah,cuma sedikit bosan dengan peraturan.Saya akan merindui setiap saat yang saya lalui sepanjang saya berada di kawasan yang dipanggil sekolah.Dari tadika hinggalah sekolah menengah semua saya akan ingat.

Sempena semua ni,saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada mak ayah sebab bagi saya masuk sekolah.Tanpa mereka,saya tidak sepandai ini.Kedua guru-guru dan para pendidik yang pernah mengajar saya tentang erti ilmu dan juga rakan-rakan yang selalu memberi galakan serta kritikan.Pahit manis kita tetap bersama.Peperiksaan STPM ni,saya nak menzahirkan keikhlasan saya memohon jutaan maaf kepada;

Pn Zaleha bt Othman (Pengajian Am 1&2)
Pn Sahida bt Ismail (Sejarah 1-Ketamadunan)
Pn Tan Lay Giok (Sejarah 2-Malaysia&Asia)
Pn Siti Sharifah bt Mahmud (Ekonomi 1-Mikro)
Pn Aw Guat Mooi (Ekonomi 2-Makro)
Pn Norazura bt Mamat (Pengajian Perniagaan 1)
Pn Rahmah bt Musman (Pengajian Perniagaan 2)
Pn Thanaletchumi a/p Chelliah (MUET)

Kesemua mereka banyak membantu saya sepanjang saya menjadi pelajar Pra-U. Tidak lupa kepada guru-guru yang telah saya sakiti,mohon kemaafan. Rakan-rakan juga.Saya memohon seribu keampunan sekiranya dalam persahabatan yang telah kita jalinkan secara langsung atau tidak,saya telah berbuat salah,maafkanlah saya.Tidak lupa ilmu yang telah kalian ajarkan,minta dihalalkan.Semoga anda semua BERJAYA.

1 comment:

AzieLeiko said...

Gd Luck 3rd son of Jasni :)