Friday, February 26, 2010

Happy

"Lebih baik cinta daripada benci,
Lebih baik setia dari iri hati,
Menyanyi dan menari sesuka hati,
Janji kita..HAPPY!"
-Amy Mastura,Happy-



Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana limpah kurniaNya memberikan aku sedikit rasa kegembiraan.Walaupun hari-hari yang berlalu penuh dengan kepenatan dan juga masalah,aku terpaksa menempuh halangan yang sedia ada.Namun,aku begitu gembira kerana beberapa perkara yang berlaku.Oh ya,sedikit peringatan buat kawan-kawan yang ada blog,terutamanya semua yang membaca+yang mengambil exam this year,I wish all of you "Good Luck" and buat yang terbaik ya!Well ni inspirasi daripada Deena's blog.Ya daripada Cik Shafa Addeena.Beliau telah menginspirasi saya untuk mendapat CGPA yang bagus disamping mengembangkan skill sosial.

Pertamanya,saya gembira sebab sukan.Ya SMK Dato' Penggawa Timur,Johor dah buat Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40.Ternyata atlet-atlet sesi pagi dan petang memberikan impak dan tenaga sepenuhnya untuk rumah sukan masing-masing.Perghhh mantapp :) Well as you want to know yang rumah sukan yang bertanding ada 4 iaitu Laksamana(Merah),Syahbandar(Biru),Temenggung(Hijau)&Panglima(Kuning).Kesemua rumah hebat-hebat belaka.Tetapi keputusan juri adalah muktamad.Saya selaku Pengerusi Laksamana sangat berbangga atas pencapaian yang diperlihatkan oleh atlet dan budak-budak rumah Laksamana.
















Inilah keputusan rasmi Kejohanan Balapan&Padang SMKDPT 2010:
Johan Kawad Kaki rumah sukan-Laksamana
Johan Kawad Kaki unit uniform-Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM)
Naib Johan Kawad Kaki unit uniform-Persatuan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM)
Ketiga Kawad kaki unit uniform-Renjer Puteri
Maskot terbaik-Laksamana (Santa Claus,Ibanese,Chinese,Malay&Indian)
Guru paling supportive-Pn Usha(Syahbandar)
Hiasan Khemaf Terbaik rumah sukan-Syahbandar
Johan Keseluruhan rumah sukan-Laksamana
Naib Johan-Syahbandar
Ketiga-Panglima
Keempat-Temenggung

Itu sahajalah buat kali ini.Sungguh terharu kerana belakangan sebelum ini Laksamana asyik kalah sahaja,then bila naik selaku Pengerusi terus menang.Wah gitu.Nasib&usaha sahaja.Tiada perasaan bongkak.Hehe.

Sebab seterusnya saya gembira iatu kedua,ketiga& lain2 akan disambung nanti.OUT!Love♥

No comments: