Monday, March 30, 2009

Ready For Heartaches?



V I S I T

http://id-top.blogspot.com/

Sunday, March 29, 2009

Membalas Posting Rashed



Syed's Posting

BACA yang atas ni dulu then baru baca yang bawah :)




Ya memang saya,Rashed dan Botz pegi Majlis Anugerah Cemerlang pada 28 Mac 2009.Rashed sememangnya pelajar cemerlang yang wajar diberi banyak AWARDS selain Pelajar Terbaik SPM.Tetapi sayang subjek SEJARAH pujaannya jatuh ke tangan orang lain.

Syed,aku tau ko memang nak sangat-sangat Award for Sejarah;tapi Syed apa boleh buat bukan rezeki ko.Tapi Syed kalau ko sedih aku lagi sedih.Aku sedih,ya sedih yang teramat sehingga hati aku boleh jadi macam patung kat atas tu.Mana taknya,ko and Jojie yang dapat 4A's boleh dapat pelajar cemerlang sedangkan aku 5A's?Takde langsung :(( Ya aku tau korang ada banyak dapat A1 tapi Syed hati aku ni betul-betul tak dapat terima yang aku tak disenaraikan dalam pelajar cemerlang.

Aku tau itu bukan kuasa aku tuk tentukan and mungkin juga tu bukan rezeki aku.Tapi Syed aku sedih gile sebab even aku dapat 5A aku still tak dapat menggembirakan hati aku sekaligus hati parents aku.Tak ke maut macam tu?

Sampai hari ni Syed aku sumpah yang aku still tak dapat terima kenyataan bahawa aku bukan pelajar cemerlang SMKTR2 and masih lagi teringat-ingat majlis tu.Luahan rasa sedih aku ni tak dapat diluahkan dengan kata-kata.Personaliti aku yang cheerful tu pun tak dapat meng'cover' hati aku yang sedih ni.Ko tau kan aku ni keras hati.Even ada pape event yang meyentuh hati pun aku takkan mengalirkan airmata.Tapi Syed hati aku pada hari tu,bagai dicarik-carik dengan kuat.Menangis hati ni tapi aku lindung dengan senyuman.Ko tau tak sedih (lagi sekali) aku berulang tatkala melihat kesemua pelajar-pelajar yang cemerlang naik ke atas pentas ambil hadiah.Aku memang pernah merasai detik tu,tapi ketika aku berumur 13tahun Syed.Itupun hanya sekali.


Tapi Syed aku betul-betul gembira buat kau.Even aku tak dapat Awards macam kau,tapi aku bangga dapat kawan macam kau (=

Saturday, March 28, 2009

Ashraf Ashley



Satu jam berlalu dengan pantasnya.Fuhh =_=" BERJAYA jugak aku padamkan lampu.

-----------------------------------------------------
"Siapa join tadi Earth Hour?"
-Anynomous-
-----------------------------------------------------


Aku!Aku!Walawalaweyh.Aku tak sangka aku join.Nasib aku sayang Bumi ni.Okeylah stop pasal BUMI.


Sebenarnya nak cakap aku dah sign up for FACEBOOK.So bulihlah add aku dengan pencarian Ashraf Ashley.Hah!Mesti korang pelik kenapa aku guna Ashley kan?Selalunya Ashley tu nama perempuan.Sebab penyebabnya aku guna nama Ashley tu kerana dah takde nama lain dah.Yelah aku sebenarnya nak letak ArabMONSTER or ArabBUNNY for full name.Tapi FaceBook tu menggedik sangat,taknak tengok aku popular,dia cakap tak boleh.Jeolouslah tu.Oleh itu jangan mempersoalkan lagi kenapa aku guna nama Ashraf Ashley.Jangan lupa ADD tao!

XOXO,
-ARAB-

Thursday, March 26, 2009

Memories Will Never Fade Away



Terimbas kembali detik-detik semasa di sekolah.Macam-macm incident ada.Dulu masa mula-mula masuk Form 5,ade berape orang erk?Hah,23 kalau tak silap.Aina,Izzah,Jojo,Ananth,Pka,Buva,Thika,Zindhu,
Mjj,Peggy,Shiyin,Farin,Aida,Fahmy,Jeg,Wanying,Criss,Twin,Sab,Aku,Ijat,
Botz and Ahbey.1,2,3…Hah betullah 23.Hurm.

Lepas masuk kelas,biasalah memekak.Sekali datang cikgu yang comel molek,Cik Wan Muslimah(sekarang dah kahwin,Pn Wan Muslimah).
Semua bangun.Lepas dah bagi salam,duduklah apa lagi.Cikgu kenalkan diri then masuklah calon-calon ketua and penolong kelas.Tapi sebelum tu,Cikgu kenalkan budak baru.Ada 2 orang masa tu.Rashed dari SMK Seri Alam.Mula² macam skema tapi dah kenal dah boleh jadi gila.Pastu budak perempuan dari Kelantan,Azmira Syakilla.

Lepas cikgu announce jerk,ape lagi menganjing ar semua (except yang berimanlah).Haha.Tepat jam 9.00 pagi,cikgu suruh pilih monitor and assistant.Bising punya bising (nak² Ijat yang sibuk calling² nama orang) akhirnya dia yang kena.Hwa3x Padan muka.Good very good.Assistant pulak semua support Aina.Dengan rasminya diaorang dapat tanggungjawab tu.Chinese girls and aku&Sab sibuk nak hias kelas.
Macam-macam dalam kepala.Tulah,nilah sampai tak terbuat-buat.
Pastu akulah yang memandai-mandai rombak kelas.Semua susun meja tiga-tiga.Last kat belakang kelas letak 4.Yelah tempat aku,Botz,Ijat and Ahbey.

Barulah mula sesi kenal-kenalan ngan pelajar² baru.Aku biasalah susah nak bergaul.Pemalulah katakan.Bila time rehat ,aku sensorang kat kelas.Tetiba budak baru,Syed datang and tanya aku kantin kat mana.Aku dengan malunya sambil menatap majalah sekolah tahun lepas Cuma cakap “kat sana” (dengan tunjuk tangan) ngan dia.Dia rasa macam tak dilayan terus blah.Makin lama,makin rapat semua.Aku ngan Syed pun dah okey.



Then mulalah ada puak masing-masing.Izzah,Aina,Pka and Jojo satu geng.Fahmy,Aida satu geng.Jeg and Ananth satu geng.Semua Chinese satu geng.Budak² India girls pun satu geng.Aku,Ijat,Syed,Ahbey,
Botz,Twin and Sab
dah tubuhkan lama geng kitaorang.Farin pun bolehlah join semua group.Geng kitaorang dinamakan Geng ARE.Geng kitaorang je okay ngan geng² lain.Aku agaklah.Sebab kitaorang yang paling kecah.Menyanyilah,cakap kuat-kuat r and macam-macam lagi.Banyak menganjing cikgu (nasib tak kena sumpah jadi anjing).Then ada 2 orang lagi budak baru masuk.Denise and Mimi atau aku panggil Mirmo Zibang.Haha =)) Denise aku kenal masa sekolah rendah.So tak yah cakap r.

Dari situlah kitaorang mula huru-harakan kelas.Best tak terhingga.Dari matapelajaran yang senang ke susah kitaorang rempuh je.Banyak main pulak tu.Biasa budak lelaki geng ARE lah yang kecoh sekali.Main nomborlah,main bingolah and lelain.Keje sekolah macam tak bertimbun pulak.Ada yang tak boleh tahan tu,AddMath teacher kitaorang.Sebabkan ramai yang fail,Teacher wat keje sampingan.Buat yang basic punya.Kitaorang guna macam kad yang de latihan.Ada 20 kad semuanya.Masing² berebut nak buat.

Teringat memories ni semua,rasa macam sekejap je.Yelah kitaorang tempuh semua sama-sama.Nak² dah nak SPM then leave the school.Masa pre-SPM tu semua kelakar.Memekak je keje lepas habis paper.Kalau yang real pulak,semua sibuk baca buku.Tulah orang suruh study awal-awal taknak,dah dekat baru nak baca.Rugi pulak bila ingat tak belajar betul-betul.

Ouh lupa pulak bila masa tuisyen Ibnu Sinar (kelas tambahan) Rajin betul kitaorang datang except Syed and Beyy r.Lepas pukul 2.15 balik sekolah terus ke Restoran Kak Mar.Yelah makan lunch.Kelas tambahan kul 3.Jalan kaki ke Kak Mar dah 20minit.Nak makan and tunggu masak lagi dah tak sempat.Even macam tu,balik dari makan tu,still beli jajan lagi.Makan pulak kat kelas.Haha.Kadang² beli goreng pisang (kalau aku rajin bawak moto keluar sek lah).Yang paling aku suka bila kelas Cikgu Fazlina.Biolah babe!Suka gila tapi Bio aku tak dapat A gak.Huhu.

Itulah memories yang takkan aku lupa.Ye maybe pasni kitaorang berpisah tapi setakat ni aku,Botz and Syed je still together-gether pegi memana.Lagipun kitaorang selalu pegi CC main CS.Aku,Botz and Syed cadang nak pegi Kolej PTPL.Aku takut sangat sebab aku ni dahlah pemalu.Kalau diaorang tak dapat pegi camna?Aku takut nak mulakan conversation.Aku takut orang taknak kawan ngan aku.Aku takut aku tak dapat catchup apa yang aku bakal belajar.Aku takut semua.Tapi kalau ada rezeki,InsyaALLAH kitaorang dapat pegi sesame.Tu je doa aku setakat ni;and aku harap geng² ARE takkan lupakan aku dan begitu juga sebaliknya.Guys I heart u all so much.Kept our memories k.



The Geng-ARE personalities

Sab Samsudin^^
Trendy,Smart,Pretty
Ijat Shahrodin^^
Cool,Funny,Fantabulous
Ana Shah^^
Beautiful,Clever,Cute
Ani Shah^^
Lovely,Sweet,Intelligent
Botark Kamarudin^^
Hilarious,Marvelous,Amiable
Syed Amtenar^^
Moderate,Droll,Brainy
Ahbey Mat Azemin^^
Chily,Witty,Crazy

ME?? - Describe yourself :D

Monday, March 23, 2009

March 28th 2009


GREENY ARAB

To SUPPORT Earth Hour.Muchi-muchi Earthy.Come to me Baby *Hug²*



EARTH HOUR

Lets us support as to show that Malaysians or any nation in worldwide that we care about our Earth.



Lets see our local artists giving their support.

FARAH FAUZANA


SHARIFAH AMANI,DAFI&SUSAN


SARIMAH&ZAINAL ABIDIN


RESHMONU&PETE TEO


DAPHNE,SAZZY,AISHAH&ROYCE


Lets us switch off our lights for one hour;starts from
2030-2130(8.30pm-9.30pm) on March 28th 2009,Saturday.



Make the Earth to be a better place for the next generation.Act now at;

http://earthhour.org.my

Monday, March 16, 2009

Nuffnang Ads



Pantun;
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya A R A B budak baru belajar,
Kalau saya tak tahu,tolong ajarkan :)


Haha.Sesuai betul pantun tu dengan saya.Yelah baru je tadi sign up kat Nuffnang Ads.Ape kejadahnya menatang tu pun saya tak tahu.Tapi macam best je.Tapi macam best je.Kepada sesiapa yang sudi tolong ajar,nanti saya bagi hadiah (ceyh poyo je ni).Time kasih.

Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua =))

Terima kasih daun keladi,
Kalu sudi,ajarlah lagi :D



Ni bear untuk anda!


Comel kan??

Tuesday, March 10, 2009

Tembak Menembak Bhg VII

Kali ini saya ditembak(ditag) oleh Cik Rina Fariqz,alah pemulis muda yang baru mengeluarkan novel sulungnya iaitu ADA CINTA.Apa?Tak tahu?Hah apa lagi pegilah kedai-kedai buku berhampiran dan dapatkan segera.Inilah muka penulis kita.



p/s;Maaflah kecil je.Ni pun copy paste dari BLOG dia :)

Inilah tagnya;

You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved on



Twilight-This story is so "untouchable" by its originality.It quite interesting when a group of vampire doesn't flow with the rule of nature.Instead of making a human as his victims,Edward Cullen tried to save Bella from the evil group of vampire.



Inkheart-A story that catch anyone whom have high interest in fantasy.Its great having a bookbinder named Mortimer (Mo) whom can make his story become reality.Due to his power,his wife get through a book named Inkheart and a character named Dustfinger got out from the book.Maggie,who is Mo's daughter searching the truth about her mother.An evil alliance named Capricorn also came out from the book.He tried to conquer the world.Can Mo,Maggie and Dustfinger prevent Capricorn from taking over the world?And can Mo get to see his wife as well as sending back all the characters into the book?Watch it if you want the answers.



Meteor Garden-Another great story to watch.It is based of Japanese manga called Hana Yori Dango.Its all about a girl who was transfer to a school which is dominated by a group of arrogant boy students called F4.They are very influentic cause they're the heirs of rich families.The gang leader launch a counter-attack on the girl;but in the end he falls in love with her.They have to go through many circumtances to maintain their relationship.



Ayat-ayat Cinta-The first movie that I would see with mine *hurm hurm*.The story is about a girl named Aisya that fall in love with Farin,a student from University of Al-Azhar,Egypt.They finally get married,but for some reason Farin have been frame by a girl whom he and Maria,his bestfriend have save before.At the same time Maria is diagnosed with an illness.Maria coma for a while.During that time Farin try to tell that he is innocent.Aisya try to save Farin by letting Farin marry Maria.At first he did not agree but in the end he did.This is because only Maria knows the truth.Watch this movie to know what will happen to Farin,Maria,Aisya and the girl.



Unexpressing Love-Unrealeased and unproduced.I wish I could produced this love story.The story is about a young man whom falls in love with a girl whom working at a CD's shop.As he didn't know,the girl also love him secretly.The young man keep getting new CDs from the girl's shop cause he want to see her face.Can you figure,if both of them will express theirs' love?


tag another 5 person to answer this tag :

1)Eqin-Busy Midterm
2)Deena-Giler Edward
3)Eyka-Gadis Shantek
4)Ssin-Great chef
5)Alyaa-Budak kecik

Wednesday, March 4, 2009

B L O G AKU

Hurm.Sebenarnya lame tak mengupdate blog.Malas rasanya.Huhu.Okeylah,nak cerita pasal Sijil Pelajaran Malaysia ataupun SPM.Sebenarnya awal-awal lagi dah plan nak pergi sekolah pukul 8.30pagi.Al maklumlah semangat bak kata Aina.Lepas dah ambil budak-budak ni,terus menuju ke sekolah.

Setibanya di sekolah,mulalah merayap-rayap.Yelah result belum keluar pun.Lambat lagi.Cikgu cakap maybe dalam 10 lebih.Tapi dah sampai sekolah pukul 9 lebih.Haha.Jalan-jalan lagi.Jumpa Crystal and Wanying.Perghh.Rindu seyh kat Chinese students ni.Naik atas pergi bilik guru.Jumpa cikgu Zuana.Dia cakap result kali ni menaik.Kimia 6 orang je fail.*Glup.Dalam hati masing-masing harap bukan paper Kimia kitaorang.

Tunggu punya tunggu,makin ramai budak datang.Semua kecut.Presenter² dari beberapa institusi and uni dah datang.Dalam pukul 11.15 tu,Pengetua and cikgu-cikgu kaunseling turun.Masing-masing excited dah.Kitaorang tunggu je apa Pengetua nak cakap.Dalam riuh rendah,Pengetua berucap;

"Baiklah,sekarang keputusan SPM telah dikemukakan.Sila ke kaunter kelas masing-masing untuk mendapatkan result anda.Sekarang saya akan mengumumkan pelajar-pelajar cemerlang untuk SPM bagi tahun 2009."

Semua ternanti-nanti.Pengetua ni suka buat suspens.

"Izzah Fasihah,Crystal Tan,Quah Wei Ming,NurSabrina Samsudin,Rashed Amtenar,Muhammad Nur Asharaf dan Joraidah.Tahniah kepada pelajar-pelajar ini kerana telah menjadi pelajar cemerlang.Bagi nama-nama yang dipanggil,sila datang kehadapan"

Lepas je pengetua buat pengumuman terkejut berok.Nasib tak jadi beruk.Yelah dalam ramai students and pelajar harapan sekolah,Muhammad Nur Ashraf(Aku) telah diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang.Tak sangka betul.Ingatkan kalau dapat beberapa A's tak mungkin jadi pelajar cemerlang.Tapi dah rezekikan,Alhamdulillah.Bila dapat result yang dapat dari pengetua tu,cepat-cepat tengok bape A's dapat.

5A's?Wow!Tak sangka betul.Dari 10 subjects yang diambil,5 dapat A.Bangga tu.Ala dalam hati sedih jugak.Yelah bukan nak kata tak bersyukur,tapi satu subjek yang ditarget tak dapat A.Lain subjek yang tak target dapat pulak.Haha.K,lah mesti tak sabar nak tengok result kan?Ni hah;



Sedih Fizik dapat 8E.Benci.Benci.Benci.Tulah suruh blaja taknak blaja.Padan muka!Hah dah dapt result geng² ajak gi McD makan-makan celebration.Dalam 8 orang geng tu,3 dapat Pelajar cemerlang.Bangga.Haha.Enjoylah jugak.Makan and postlah korang kat McD tu.



KEPUTUSAN SPM ARAB:
5A1B2C1D1E