Saturday, May 30, 2009

Cerianya Kehidupan Dengan Warna


Hidup ini umpama warna.Sebelum kita mengenali sesiapa,hati kita putih berseri.Perasaan itu kosong semata-mata.Kehadiran ibubapa ibarat warna meriah hadir dalam hidup.Sesungguhnya ibubapa itu tahu bagaimana mahu mencorakkan warna keatas anak-anak.Peranan ibubapa sebagai asas institusi keluarga yang kukuh telah mewujudkan pelbagai warna yang menarik supaya anak-anak menjadi insan yang berguna dan taat kepada kedua orang tuanya.Setelah besar,keluarga ini cukup sempurna dengan gelak tawa ibubapa dan anak².Warna-warna ceria turut mengubah suasana kehidupan kekeluargaan.Warna yang telah dicorakkan oleh ibubapa menjadi faktor kepada tumbesaran anak-anak.Sesungguhnya warna dari ibubapa merupakan warna yang suci dan perlu dicurahkan kepada generasi keturunannya.TERIMA KASIH Mak&&Ayah bagi Arab warna yang baik *Hugs²*


Kemudian mereka hadir.Ya kengkawan.Sejurus sahaja memijak kaki di Tadika Bahagia,ramai kawan yang aku kenal sehinggakan masuk Tingkatan 1 masih tak perasan kawan yang duduk sebelah aku adalah kawan aku masa di tadika yang sama.Kengkawan ni bawa jenis warna yang berlainan.Warna-warnilah katakan.Ada yang bawak warna merah,oren,kuning,hijau,biru dan sebagainya.Kawan yang bawak warna ceria,cerialah kita.Kawan yang diselubung warna sedih,terasalah juga.Itulah pahit getir persahabatan.Kengkadang warna happy menjelma sometimes warna kusam datang.Ada juga kawan yang makan kawan.Kawan macam ni tinggalkan warna kegelapan buat kita.Sungguh kejam.Namun TERIMA KASIH buat kawan macam ni sebab aku dah pandai menilai seseorang dan pandai memilih kawan.Ucapan KASIH SAYANG&TERIMA KASIH buat semua rakan-rakan yang memberikan warna-warna gembira dan semangat serta sudi menerima diri yang penuh dengan kekurangan warna sebagai KAWAN :)


Kemudian kekasih hati.Memmbuatkan berada didalam warna percintaan.Warna yang hanya dapat dirasai sesama pasangan.Rasa warna bahagia yang teramat yang tak mampu digambarkan.Tidak kira jenis percintaan yang macam mana,orang yang bagaimana,dimana tempat percintaan semuanya warna-warna indah belaka.Diharapkan warna-warna ini terus mewarnai kehidupan selepas melayari bahtera perkahwinan.Warna ini mampu menyuntik semangat dan memudaratkan.Ini disebabkan warna kecurangan mula bertakhta dan menguasai diri.Aku mengharapkan pilihan yang tepat untuk memilih pasangan hidup.Buat masa ni tak ada lagi dan tak akan ada.Penumpuan kepada pelajaran penting.So,tunggulah masanya nanti :DD


Sebenarnya malu mahu melahirkan warna selepas ini.Cinta kepada Yang ESA.Ya,warna cintanya melebihi segalanya didunia.Warna cintanya ibarat Syurga Firdausi.Warna cintanya begitu telus dan pancarannya jernih sekali.Sungguh hina diriku sehingga pernah terfikir diri ini tidak layak menerima warna cintaNYA.Sesungguhnya DIA yang berkuasa,memberi warna-warna lain kepada hamba²NYA untuk memberikan dan menyebarkan kepda orang lain.Dia yang memberi cinta ABADI.Warna cintaNYA tak pernah pudar dan kekal untuk selamanya.Maafkan ku Ya Rahman;diriku ini tidak layak menerima warna cintaMU.KAUlah segala-galanya.Kau pemberi warna kepada cinta setiap insan tidak kira apa jua situasinya ;)


Sesungguhnya apa jua warna yang mendatang,kita terima seadanya.Sama ada warna itu baik atau buruk kita pasrah.Tapi ingat segala yang terjadi,kita mestilah pandai mengawal situasi itu,agar tidak menyesal.Diharapkan warna-warna yang telah diterima sepanjang perjalanan liku-liku hidup dapat mendewasakan kita.Semoga warna-warna ini terus berkembang menjadi pendorong setiap kejayaan.Pewarna (ada ke?) yang bijak pasti mewarnai kehidupannya dengan warna-warna yang fantastic dan magnificent agar dapat mewarnakan hari-hari dengan perwarnaan yang betul >.<


WARNA-WARNI KEHIDUPANKU

No comments: