Wednesday, May 27, 2009

Berbeza


Buntu.Iulah perkataan yang sesuai digambarkan untuk situasiku kini.Tiada idea datang menyerpa tatkala ini.Secara serius aku berkata aku begitu cemburu dan iri hati melihat kesemua penaip-penaip blog mempunyai sesuatu perkara untuk diceritakan.Namun aku?*Mengeluh*Sungguh aku tidak menyangka yang aku telah tewas dalam penulisan blog.Memoriku kian pudar untuk di"pertontonkan" kepada semua.Seolah and serasa perasaan menulis itu telah tiada.Mungkin terlampau banyak menggunung idea telah dicurahkan sejak kebelakangan ini.Mungkin.*Mengeluh lagi*


Sememangnya idea perlu diteliti dan memori perlu diingati untuk dicurahkan kepada blog ini.Namun janggal sungguh ketika aku menulis ruangan ini.Seolah memoriku telah jauh pergi.*Berfikir* Akalku kini seperti tidak bermaya.Sejurus aku membuka blog ini seakan terasa semuanya telah berubah.Begitu banyak idea yang menjurus keluar di setiap paparan blog yang telah aku ikuti.Malah Rashed seorang kawan penaku yang dulu ibarat bayi didalam dunia penulisan kini semakin menginjak dewasa dengan begitu cepat.Seolah masa yang diputar begitu laju sehingga aku tenggelam didalamnya.Namun tetap aku gagahkan diri supaya menulis sesuatu agar semua tidak begitu membosankan.Mungkin sedikit perbezaan dalam penulisanku buat kali ini.Entahlah*Terdiam sejenak*


Keadaan di sekolah begitu sibuk sehingga tiada sedikitpun masaku tercuri oleh blog.Seakan ia hilang dan lenyap buat seketika.Tugasan yang menanti seumpama memakan masa yang panjang untuk disiapkan.Mungkin aku yang terlalu leka.Ya begitu leka dibuai mimpi sehingga terlupa bahawa aku masih belajar.Buat masa ini akalku perlu kuat dan menghasilkan pelbagai idea-idea mahupun celoteh yang menarik.Aku mula risau dengan keadaan isyarat rangkaian yang menghubungkan aku ke dunia ilusi ini semakin lemah.Takut kehilangannya aku teruskan penulisanku dengan begitu pantas.Aku yang masih belajar untuk memajukan diri sungguh bingung dengan aliran sains yang nyata bukan pilihanku.Keputusanku untuk menukar jurusan jelasnya begitu wajar.Tapi kedua-dua jurusan ini juga menyekatkan akalku untuk berfikir.Subjek yang bakalku ambil begitu berat untuk digalas;namun aku pasti subjek inilah yang akan membantu aku mencapai cit-citaku.Mungkin fikirku.Keputusan menukar jurusan ini hanya akan diketahui olehku selepas cuti semester nanti.


Sekali lagi begitu cemburu dengan penulisan semua terutamanya dengan Addena,Ashikin dan Eyka.Kelihatan sungguh bagus sekali penulisan mereka.Mungkin aku tidak sehebat mereka dalam menulis.Sungguh aku jujur.Aku memerlukan masa untuk mengeluarkan pelbagai idea bernas sehingga berkemungkinan beberapa hari dan minggu.Di saat ini perutku serasa mahu mengeluarkan saki baki selepas apa yang ditelan tadi.Kusut dibuatnya.Semakin kurang sakitnya.Lega sedikit.Bosan pula.Perkataan kedua selepas buntu dalam penulisan ini.Masih tidak dapat melelapkan mata dan masih menanti teman di sebuah tempat perbualan.*Menunggu* Dan terus menunggu.Masih juga menunggu pembalasan pesanan ringkas daripada Rashed.Mungkin sudah tidur barangkali.Maaf Rashed menganggu.Tiada apa yang mahu ditulis.Mungkin perlu sahaja aku "membunuh" blog ini?Soalan yang memerlukan jawapan yang lama untuk difikirkan.Terima kasih kepada semua kerana sudi membaca penulisan ini dan mengikuti segala perkembangan.Salam muhibah semua :D

4 comments:

A.K-88 said...

ko xde idea nk tulih tapi aku nk bace ko nye nukilan ni amek beberapa nafas gak ,bkn main pjg lagi.

Arab said...

Haha.
Entahlah.
Mungkin terboring sgt,sampai xterasa dh pnjg penulisan.
:D

fezaL Mohd said...

anda sangt bosan ye

Arab said...

Bolehlah dikatekan begitu.Sebenarnya mase ni lebeyh tunggu kepada nk lelapkan mate.Hampir siap entri ni jam 3 pagi.
:D