Thursday, April 16, 2009

Pengkid&Gigolo Siri 2 (18sx)


CUKUP WANTED!




Cerita satu lagi malam bermula.Tatkala orang sedang sibuk tidur,burung hantu mencari makanan,projek-projek dibiarkan dan babies mencari susu,pengkid² sekali lagi dan lagi sekali Geng Pengkid Gelam (GPG) maen Poker Cards sambil dengar lagu Poker Face by Lady Gaga.Malam yang indah tu (malam kebendenya dah pagi dah) diserikan lagi dengan bintang² dan bulan².Eyh silap bulan je.

GPG sebenarnya diasaskan oleh Tokan besar,Syed yang sangat meminati perkataan CS.Tokan besar ni terer silap mata,tangan,kaki,mulut,jari jemari,kuku n segala macam anggota badan.Tokan sebesar ni susah nak dicari.Bukan takat pandai main magic malah beliau juga pandai dalam pelajaran.Beliau ketika dan saat ini sedang sibuk menguruskan ladang tembikai beliau sehingga beliau digelar pengtembikai (root word:Penganggur).Beliau juga amat meminati Norish Karman atau lebih mesra dengan panggilan Qistina Spa Q.Kini word "Fuk" seringkali bermain-main,menari-nari,berkejar-kejar di bibir beliau.Apa sahaja jua yang berlaku,beliau pasti menyebut tidak lain tidak bukan FUKKK!!!

Assistant bagi Tokan besar ialah seorang yang pemalu (konon-konon je) yang lebih afdal dengan panggilan Botz.Walaupun nama beliau Botz namun beliau tidak memiliki sebarang jenis bot di pasaran.Beliau ni tidak boleh hidup tanpa topi.Buktinya;sebentar tadi baru je beliau ambil topinya yang tertinggal dalam kereta I.Padahal baru dua hari tertinggal.Beliau ini sangat gigih mentelaah pelbagai jenis buah mempelam/mangga/pelam/sekutunya (bukan kutu eyh). Oleh itu dengan rasminya beliau membuka ladang-ladang,factory-factory dan rumah-rumah kuda yang ade menanam pokok berbuah ini.Beliau kini senang dipanggil sebagai Botz si pengpelaman (leaf word:penganggur). Beliau masih mengekalkan impian untuk memasuki Raja Lawak musim ke 188;namun entah bila impian ini dapat dikabulkan.


Mesti nak ade pic burger tao!

Okeylah berbalik pada Poker Card game tadi,I ngan pengkid² ni berasa gembira,riang ria dan segala bagai rasa yang menunjukkan kegembiraan kerana gigolo² tu tak ada.So,bolehlah maen puas-puas.Apapun selepas bermain kad,semestinya Kod Undang-undang Justinian yang ke lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan pasti dipatuhi yakni memakan burger.Seperti biasa I and tokan double daging and Botz double ayam.Sekian sahaja kisah pengkid satu malam tanpa gigolo.
Have a nice day!

No comments: