Wednesday, April 22, 2009

Parents&Children


Ahnyunghasaeyo!Actually nak posting about something else but a new thing popped up from my head.Okay read carefully.

Dear parents,
Anda adalah orang yang harus dihormati dan disayangi oleh anak-anak.Ini disebabkan anda merupakan orang yang banyak berjasa kerana telah membesarkan anak-anak.Anda merupakan idola bagi sesetengah anak-anak.Anda adalah orang yang harus dijaga oleh anak-anak ketika usia menginjak dewasa.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa anda seorang yang selalu risau tentang anak-anak anda.Anda memastikan bahawa anak-anak anda memilih jalan yang tepat untuk masa depan yang terjamin.Anda teliti dalam setiap perancangan anak-anak demi keselesaan pada kemudian hari.

Anda tahu bahawa anak-anak anda pasti akan melukai anda walaupun dalam keadaan mereka yang sedar.Anda tetap tabah dan pasrah walaupun dilayan seperti itu.Anda mampu menghadapi karenah anak-anak yang pelbagai.Kadangkala anda terpaksa memukul mereka untuk menyedarkan mereka yang hidup ini bukan selalunya indah.Anda cuba menyampaikan bahawa dalam hidup kita ada jatuh naik.Kadang-kadang kita dibawah,kadang-kadang kita diatas.Namun anda tahu,nasihat anda tidak akan diendahkan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Anda faham isi hati anak-anak anda walaupun mereka enggan berkongsi dengan anda.Mereka lebih pentingkan kawan-kawan daripada anda.Jika mereka kesakitan andalah penawarnya tetapi jika anda kesakitan merekalah racunnya.Tetapi disebalik pengorbanan anda yang terlalu besar ini,mengertikah anak-anak anda tentang perasaan anda?Mereka tidak.Tidak sekelumitpun rasa kasihan mereka pada anda.

Ya,akulah anak yang tidak mengenang jasa&&pengorbanan parents tu.Aku ni jahat.Aku ingat segala yang aku buat sudah cukup untuk membalas jasa parents aku,tapi tidak.Aku pentingkan benda-benda remeh dari parents aku.Tapi aku nak mintak maaf pada parents aku.Ayah&&mak,Arab tau selama ni perbuatan Arab cukup membuatkan mak ayah sakit hati.Tapi Arab tak dapat tahan segalanya.Perasaan Arab ni seolah-olah tak dimengerti.Arab tahu sikap Arab ni melampau tapi apakan daya.Arab manusia biasa.Perancangan Arab tak dihiraukan.Arab tewas pada perasaan amarah.Arab bukan seorang anak yang baik.Arab ni kejam.Arab pikir perasaan sendiri je.Arab ni anak yang tak guna.Arab memang melampau.Arab lemah.Arab mengalah bila rintangan kecil merempuh.Arab tak suka hidup ni.Arab benci.Arab nak kehidupan yang lebih baik.Bukan Arab tak bersyukur,tapi Arab entahlah.Arab seakan-akan bingung&&pening nak menghadapi hidup ni.Pelbagai ragam orang yang perlu Arab tempuh.Krisis identiti yang semakin rumit.Ibadah yang tersangatlah kurang.Arab ni tak dapat menjadi insan yang baik.

Apapun terima kasih kerana sudi jaga Arab.Walaupun dekat rumah ni banyak kata-kata pedih,perbuatan yang kurang menyenangkan,Arab terima.

AKU BUKAN ANAK,SAHABAT,INSAN,HAMBA ALLAH YANG BAIK.

2 comments:

iniakid said...

ish
jangan berkata begitu arab
(last sentences,"saya bukan...)

biasa la argue antara orang tua n muda.
kadang2 dorang tak paham
tapi still dorang parents kita kan?

everything happens by a reason
so jangan berduka lara
hidup kena jua teruskan
yeah!!!
;D

Arab said...

Hurm.
Thanx for your support.
:)