Tuesday, February 3, 2009

Sedikit garam kehidupan


Hurm.Sepatutnya entri ni diterbitkan pada 02 Febuari 2009.Tapi malangnya ia tak sempat diterbitkan disebabkan sebab-sebab yang boleh dielakkan tapi saje taknak elak.
Salah satunya adalah untuk datang jemputan ini.

"Adalah diumumkan bahawa,Puteri Mahkota Inderagiri,Yang Mulia Tunku Puteri Arfina ingin mengundang kerabat-kerabatnya,iaitu Tengku Mahkota Temasek,Yang Mulia Tunku Putera Farhsa untuk menghadiri majlis resmi perjumpaan.Selain itu,baginda Majapahit,Tuanku Nryzzi dan baginda Kataha,Tuanku Deysar turut diundang.
Walaubagaimanapun,sekali lagi tunku puteri bermusyawarah dan mengambil keputusan untuk mengundang Puteri Bangkahulu,Tunku Puteri Adahus,Puteri Wijaya,Tunku Puteri Aruzan serta Maharani Siak,Ratu Zety.Perjumpaan ini dikenali sebagai Pertembungan Lapan Dimensi"

Haha.Perasan semua anak raja (sesekali tak salah kan).Perjumpaan ni sebenarnya nak meraikan birthday kakak angkat Farin :)



Kedua,laptop saya dipinjam oleh seseorang.Itulah antara sebab musabab saya tak dapat mengepost (ada ke?) entri ni.Haishh :) Okeylah,sebenarnya saya nak cerita pasal mimpi saya.Saya bermimpi mak saya meninggal.Apa tandanya ya?Arghh biarlah.Orang kata mimpi itu permainan tidur.Tetapi saya yakin mimpi saya kali ini benar-benar lain daripada biasa.Sungguh menakutkan.Saya pasti ada mesej yang nak disampaikan kepada saya.

Hurm.Sekali lagi hampa harapan saya kerana diri saya yang malas nak SOLAT.Saya tak tahu kenapa.Niat hati ada,tetapi untuk mengerjakannya mengapa begitu susah?Benarlah orang kata,kita yang menyusahkan diri kita sendiri.Bukan Tuhan,bukan orang lain.Betul tak?

No comments: