
Blog saya ditubuhkan adalah sekadar memperbanyakkan acc saya.Saya ada MySpace,Friendster,Deviantart,Photobucket,Immem,
BearShare dan banyak lagi.Saya tak pandai menaip dan mencipta blog yang menarik.Blog saya tersangatlah buruk. Bolehlah dikatakan begitu.Mulai hari ini,saya bertekad nak ubah cara penulisan saya dan mencipta sesuatu yang kreatif di blog saya.
Sebenarnya,saya dah boleh dikatakan lama tidak mengonlinekan diri kerana wireless dirumah saya telahpun secara rasminya dipotong.Ini adalah kerana bapa saya berfikiran kami semua mempunyai handphone yang boleh disambungkan (connect) ke Internet.Sungguh malang.Ini sekaligus bermakna,jikalau saya mahu online,saya terpaksa ke cc berdekatan.
Selain daripada itu,pada ketika dan saat ini,saya begitu sibuk mencari kerja. Namun begitu,setelah pelbagai tempat telah dikunjungi,saya masih dirumah untuk menanam anggur dan jadilah saya penganggur.
Oleh kerana ramai sangat nak tanam angur,saya terpaksa kerja menanam durian pula;dan jadilah saya sebagai pengdurian pula.

Buat pengetahuan semua,semua gambar yang telah diupload saya adalah dari DeviantArt.Kalau anda melayari www.deviantart.com,pasti anda dapati gambar-gambar disitu cantik,menarik dan tertarik serta da bomb.Cantik berseri sentiasa dihati.Hehe c(: Kalau tak percaya,cubalah.
Dah pelbagai iklan saya promote ni sampai tak kenal iklan mana satu.
Baiklah,sampai disini sahaja penulisan saya buat kali ini.Semoga dengan teknik penulisan saya yang baru ini,anda semua dapat menikmati (ceyh-ceyh macam makan pulak) kesegaran blog saya.Sekian,saya mengundur diri.
No comments:
Post a Comment