Sunday, December 7, 2008

Bahasa Melayu&&Aidiladha

Selamat datang ke ruang bahasa Melayu Arab (= Kalau tidak silap Arab, inilah blog pertama Arab berbahasa Melayu. Mesti ramai orang tertanya-tanya "Kenapa"? Ya kenapa budak Melayu ni berlagak sangat tulis blog dalam bahasa Inggeris? Sebenarnya, Arab nak mempertingkatkan Bahasa Antarabangsa ini. Lagi pula, tatabahasa Inggeris Arab sangat terbatas dan banyak yang salah. Oleh itu, Arab mengambil langkah inisiatif untuk menulis blog dalam Bahasa Inggeris. Baiklah cukup tentang penerangan tentang kenapa Arab menulis dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Ibunda. Sebenarnya, Sempena Hari Raya Aidiladha ini, Arab ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Bagi yang menunaikan Haji, Arab harap haji mereka diterima oleh-NYA dan tergolong dalam Haji Mabrur. Sempena raya ini juga, Arab ingin memberi penghargaan kepada semua yang telah memasuki/menjengah ke ruangan Arab ini; terutamanya Cik Eqin,Cik Deena dan En Akid. Cik Eqin dan Cik Deena banyak membantu Arab dan memberi ilham untuk membaikpulih ruangan ini; manakala sekali lagi Cik Deena dan En Akid merupakan orang yang telah menggunakan Kotak Komen Arab semenjak ia berada di situ. Terima Kasih dan Selamat Kembali lagi.

Inilah "hadiah" yang tidak seberapa kepada semua terutamanya orang yang telah disebutkan nama-nama mereka (,^^)



Pesanan:Maaf jikalau hadiah ini buruk dan ucapannya ditulis dalam bahasa Inggeris.

No comments: