Showing posts with label Botherless. Show all posts
Showing posts with label Botherless. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Update

Nampak kurus tapi sebenarnya saya GEMOK. Kosser

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Again, rasa nak menulis walaupun busy. Okeylah. Puasa ni rasa sangat penat sebab berdiri lama sangat kat kerja. Walaupun begitu, tetap gagahkan diri. Cehhh padahal nak cerita pasal buka puasa. Okeylah tadi buka puasa macam gila gila sikit. Tertidur sampai tiba waktu berbuka (okey ngaku tertinggal Asar. Hiks) then solat maghrib dulu baru keluar cari makan. Oleh kerana perut ni menggatal sangat nak makan memacam, misi mencari terus bermula. First start dengan kedai makanan port biasa yang dikenali sebagai KEDAI GELAP. Sebab apa? Sebab kedai tu tak berapa nak terang. Belilah meehoon goreng (extra) with ayam ketul. Sumpah banyak sangat - Awaaaa saiaaa tak kuadddd :'( Hikhikhik.

Selepas tu, kerana perut lagi gatal tengok McDonalds terus kepala memberi arahan untuk makan McD. Kosser tau. Pergilah mencari. Membeli Spicy Chicken McDeluxe. Saiz medium je. Serious ni. Sangat serious. Lepas tu kan, lepas tu, lepas tu, hati pulak teringin nak makan keepci (KFC). Makin gemuklah macam ni. Gemokgemokgemok *nada mengejek. Kat KFC beli nugget and cheezy wedges. Memang tamak haloba betul. Teruk sangat. Tak bersyukur. Lulz. Lepas tu, makan meehoon dengan ayam ketul je dah kenyang. Sudah, siapa nak makan selebihnya? *simpan untuk sahur. Hahahahaha.

Hidup style baru dengan menggemukkan diri. Lepas makan, terus tengok Facebook. Main farmvile. Lepas tu, tengok youtube, update blog. Sangat tidak menyihatkan. Patutlah badan makin besar. Tsk tsk tsk. Kekadang hidup ni memang tak adil. Kenapa mesti orang gemuk kuat makan? Kenapa? Kenapa? Lulz. Diamlah. Takkan nak buat survey pulak. Tapi tapi takpe gemuk itu comel. Gemuk itu sexy. Gemuk itu menarik minat orang nak tengok betapa gemuknya diri sendiri. Hidup penuh pasrah. Hahahahhaha. Bersabar jelah. Okeylah malas nak update pepanjang. Kalau ada masa lebih, jom tengok bideo Marina and the Diamond - Lies. Best gila! :)

Monday, July 29, 2013

Stress

Tepi artis glemer dah datang.

Hai semua. Hai semua. Hai semua. Bukan apa title post ni memang stress. Bukan sebab duit, bukan sebab exam, mahupun sebab peribadi tapi sebab lagu raya. Gila tempat kerja dah start pasang lagu raya. Mana tak sendu, sedih and stress. Nak balik ngumah, nak try baju Melayu semua. Nak nak nak. Paham tak? Kosser. Sambil sambil buat kerja tu terdengar lagu raya rasa macam nak sepak je siapa yang jaga sistem audio ni. Kenapalah nak datangkan mood raya bila kena kerja? Kenapa? Kenapa encik? Encik tak kesiankan saya ke? Ke encik nak saya bakar semua pembesar suara tu? HAHAHAHAHAHAHA *kelakar sangat.

Harini tak banyak kerja sangat. Yelah tak ramai pun customer yang hadir. So tadi masa kerja boleh jenjalan, boleh tido, boleh buat hal sendiri. Sibuk sangat melayan twitter sampai ternampak twit YIYING pasal tart nenas. Hmm. Saje je. Dahlah wa puasa, dia boleh twit macam tu. Boleh? Boleh? Tsk tsk tsk. Boleh tak jangan buat nafsu wa bergelora berjimba bagai? Geram angat! Lepas tu dia boleh balas pasal petai sambal ke apa. Again, tsk tsk tsk. Sedap tau sedap? Lapar pun ada. Alhamdulillah berjaya tahan nafsu yang ada. Dan selamat berbuka untuk harini.

Okeylah, memang ada jugak stress lelain dalam bulan ramadhan ni. Tengok juadah sebelum buka kemain beli sebakul macam nak jual kat makcik sebelah. hakikatnya, bila buka, just minum air dah kenyang. Lepas tu mulalah nak membazir. Tadi buka nasi tomato dengan ayam percik. Ayam percik pedas baq hang. But okeylah masak. Selalu orang jual ayam percik dalam tak masak. Sedap pulak tu. Nasi sikit so akak penjual ni bolehlah memperbanyakkan sedekah di bulan mulia dengan menambahkan nasi tu lebih sikit ye kak. Natang betei. Setakat ni jelah post kali ni. Tunggu habis prektikal baru update bebanyak. Selamat malam dan selamat beramal semua. XOXO.

Sunday, June 3, 2012

Shah Alam


Okay kes demam nak balik Shah Alam dah habis. Lepas ni nak jadi kes rindu family, rumah, aircond and semua semua.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Ditujukan buat semua pembaca,
Selamat sudah tiba di ruma sewa tercinta,
Tinggal tunggu housemates selebihnya.


Hah amacam?Pandai tak aku reka pantun ni? *fikir in 5minit. Okay sekarang tengah dengar lagu Somebody that I used to know. Best jugak layan lagu ni. First time dengar ingat Gotye ft Katy Perry. But salah.Hahaha :P Selamat tiba kat sini rasa boringlah pulak. Dua orang aje ade kat rumah sewa ni. Yang lain? Entahlah. Lambat lagi kott nak balik. Bosan. Mata pun dah nak lelap ni. Rasa macam penat sangat *cehh padahal tidur aje dalam kereta tadi. Serius bosan gila bapak. Bosan. Bosan. Bosan *baling kuali. Lepas ni mesti aku malas nak update blog bagai. Yelah dengan keje bakal bertimbun. Dah nak akhir sem mulalah busy nak studylah. Apelah. *awalawal sem kau taknak study! Kahkahkah. Biaselah student kan. Kalau tak last minute memang tak jadi.

*Simbah muka dengan air. Okay final exam dah nak dekat. Report aku belum buat. Apepun aku tak ready. Kat rumah aku memain aje. Tidur, tidur, tidur. Tulah keje aku. Aku tengah lapar time ni. Tadi adelah aku kemas rumah ni sikitsikit. Macam menyemak sangat. Pening kepala aku.Okey balik semula.Sorry tadi postpone jap sebab sibuk tengok youtube.Nak sambung malam macam malas. So terpaksa habiskan penulisan disini. Nak makan kerepek jap lagi. So duduk Shah Alam ni just untuk study & exam. Lagi 2 bulan akan balik ke kampung and start prektikal. Gila lah dah nak prektikal.

Okay cakap pasal prektikal ni, banyak jugak kisah lawak. Excited kott nak pegi interview. Bangun pagipagi. Kawan dari Muar dah sampai rumah. Siap tumpang tencing lagi. Then kawan dari Batu Pahat sesat. Cari punya cari jumpa dekat Jusco. Then menuju kerumah kawan di Perling. Amboi punya sedap kita semua datang dia tidur. Kejutkejut pukul 12 lebih sampai ke tempat interview. Then manager tu nak cepat. Cepat2lah kitaorg interview. Pastu balik singgah makan. Kenyang gila bapak. Best bhai ingat moment tu.

Hahahahahha.Apepun sekarang aku kena study untuk dapat pointer yang lebih baik dari sem lepas. Teruk bhai sem lepas punya pointer *malumalu .Wkwkwkwkwkw. Next time nak update lagi but tengoklah cita apa. Nak pegi tengok Snow White lah, MIB lah. Esok ,lusa semua tak jadi. Nak pegi space U8 pun lambat lagi.Haish *sigh. Sampai ni jelah. Malas nak tulis pepanjang lagi. Next time, update lagik. C ya! :)

Sunday, March 4, 2012

New Semester

Source:HERE


The words says it all.
First day of new semester.
First day of two classes.
First day went to faculty.
First day meeting all friends back.
First day laughing out loud.
First day with 'gulung-gulung' hair.
First day with old shoes.
First day wearing tie.
First day bring BB and tab at class.
First day was BORED.Lol :)

Thursday, December 29, 2011

MineNotYours

Hey guys.Welcome back to my blog again.Seriously, I memang suka hapdate lambat².But bila dah update,fulamak,penuh satu page :)

Okaylah, this time nak cakap pasal kasut. Well, I bukanlah seorang yang suka sangat pakai kasut. I prefer selipar flipper je. Hehe. Tapi once a while I should wear it right? Kasut yang paling best pernah I ada of courselah Converse. I memang adore sangat dengan jenama ni. I suka design, pattern and even warna dia. Kalau time-time skola dulu, memang ramailah pakai kasut Converse ni. High cut lah, low cut lah, side cut lah (memandai je I ni) *okayhabismerepek.

Lepas I dah pakai kasut Converse, I jumpelah online shoes yang I minat lagi. TOM Shoes. Best gila first time beli kasut online. Mine was at above (in picture). Comel kan? :)) I memang suka pakai kasut TOM ni sebab mudah and selesa. Berbaloi beli kasut ni. Trendy pulak tu. If you guys ada kasut TOM jomlah kongsi bersama. Haha :pp

Sunday, April 10, 2011

wootwoot

(Lens baru.Kelabu.Comel kan? *errk,buruk )

Hello readers,
Lama tak update blog.Miss nak tulis-tulis dekat sini.Dulu masa mula berblogging ewah-ewah,banyak nah post kau.Sekarang hampeh.Sikit pun ko tak jengah eh.Hhohohoho.Sorry ya baby.I lupa I ada you.Okeylah, sekarang just nak cakap,dah ubah sikit-sikit kedudukan widgets blog ni.Lepas ni nak tukar header and background.Tapi kurang pandai.Nak mintak tolong siapa erk?Kakak kott.Or maybe orang lain.Nak buat tempahan headerlah.Tapi takut :) Hahahaha.Later nak update lagi.Gee,babai :)

Sunday, March 27, 2011

Tegarkah?

(Okay mula entri dengan letak pic sendiri yang perasannn comel lagi)

Salam/Hello readers.
Sebelum mula entri nak minta maaf banyak-banyak sebab kurang update blog atau diri menyepi buat masa yang lama.Blog pun dah lapuk.Takde sape nak jenguk.Truly Im very sorry :) Okay start story.

Sekarang ni masa nak buat balik blog aku.Yelah macam suram je.Aku jeles gila bila semua update blog and aku tak update.Aku lagi benci bila semua orang dah mula rajin buat itu ini, aku macam ayam berak kapur (okey aku dengan ayam bukan siblings).Aku lagi tak suka bila aku mengutamakan FB dari blog kesayangan aku ni.Okay,aku lagi benci bila diri aku ni nak berEMO bagai padahal takde orang nak baca blog aku.Ko tau aku dah simpan post ni berhari-hari dalam draf?Sebab apa?Sebab aku takde benda baru nak tulis.Otak aku kaku nak tulis bahan.Ya,sebab aku bukan blogger tegar.Tapi aku bukan nak cerita tu.Aku nak cerita ni :)

Aku nak tutup blog.Tapi aku sayang.Sebab tu entri ni aku tulis TEGARKAH?Bukan terjahkah okay.Aku tengah fikir adakah aku sanggup untuk tutup blog ni sedangkan aku masih ada niat untuk menulis.Lagi satu,aku memang luahkan apa-apa perasaan (tipu bukan semua!) kat blog ni.Aku memang "ikan sendiri" @ self-fish sebab aku tak fikir panjang nak tutup blog ni.Mesti aku akan rindu blog ni.Bloggers yang acapkali datang pun mesti akan rindu (ada ke?).Aah tak terfikir aku yang blogger lain mesti bosan sebab post aku tak menarik and hari-hari takde update.Aku baru terfikir semua tu.Okay boleh benci aku :)

Aku tamak sejak belakangan ni.Semua benda aku nak.Semua benda aku obses.Semua perkara aku nak selesai cepat.Semua benda nak aku kawal.Aku memang tamak gila.Mata duitan pun ada.Aku memang macam ni.Tak boleh ubah.Nak sesuatu benda,mesti kena cepat.Tapi hati aku kata sabar.Oh ya,tadi aku ada baca semua entri kelakar plus emo kat blog budak tu.Best sangat.Boleh tolong buat blog aku jadi menarik tak?Kahkahkah (ketawa guling-guling).Pastu,kebanyakan blogger aku tengok ramai yang tulis entri panjang-panjang.Aku tak.Sebab aku rasa semua akan rasa bosan sebab cerita aku banyak cerita merepek (aku rasa entri ni akan panjang.Mungkinlah kott).Kan?Kan? (ramai angguk setuju) Bagus!Memang layak blog aku kurang trafik,kurang orang click nuffnang aku (sebab tu kosong je duit) and kurang orang nak post kat ShoutBox aku.And tak lupa nak follow aku :D

Tadi tengok blog Bulan pasal Facebook.Setuju sangat Bulan.Tapi aku pun tak dinafikan ada jugaklah masuk dalam kategori-kategori yang Bulan senaraikan.Aku pasti ramai yang macam tu.Memang geli kan?Euwwwww.Hahahaha.Bulan memang best sebab blog Bulan best.Aku selalu stalk blog dia (jangan marah ye Bulan!).Next,apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah setiap blog yang aku follow aku suka tengok bila diaorang update new entri.Sangat suka.Aku follow ramai orang.Tapi orang famous macam Hana Tajima,Hanis Zulaikha,SueAnnaJoe,Yuyu Zulaikha and lain-lain blogger hebat-hebat aku tak follow.Sebab aku takut entri aku macam orang gila :)

Aku dua tiga hari ni meroyan tidur lambat.Sangat-sangat lambat.Sebab aku fikir nak post new entri ke tak.Aku bingung sebab aku takde cerita nak kongsi.Semua yang aku buat biasa-biasa je.Aku tak cool and aku tak hebat (arghh tak habis-habis ayat simpati) Aah aku memang minat ayat simpati.Aku nak orang kesian kat aku and selalu jenguk blog aku yang bodoh ni.Hahahahah (okay sumpah tak kelakar).Itu aje aku nak update.Aku pun tak tahu aku update hape.Aku just main tulis aje.So,jangan marah aku kalau tak dapat any information atau cerita yang bagus kalau korang baca sampai bawah ni.Sekian,aku undurkan diri.

p/s;Aku sayang Hana Tajima.Aku sayang mak aku jugak :D

Tuesday, March 15, 2011

Pengakuan


(Confession of a boy who adore the balloons ^__^ Source-DA)

Ya,aku mengaku yang aku bukan seorang blogger tegar.Niat hati nak menjadi blogger yang hebat ada,cuma mungkin belum masanya.Tumpuan aku belum lagi pada blog sepenuhnya.Aku update pun jarang-jarang kalau korang ikuti perkembangan akulah.Sorry kalau korang rasa penggunaan perkataan AKU ni buat korang rasa annoying sangat dengan aku.Tak berniat nak bersikap kurang ajar :)

If korang perasanlah,setiap kali update mesti aku bagi alasan yang sama.Sibuk.Sibuk.Sibuk.Ya,aku rasa hidup aku macam busy sangat.Aku ingat lagi masa aku naik Form Six,kawan aku ada bagi quote ni hasil ciptaan dia sendiri yang lebih kurang macam ni,


"Aku harap aku mempunyai lebih banyak masa kerana hidup aku sekarang ni tunggang langgang"


Tak macam quote kan?Tapi itulah yang sebenarnya terjadi pada aku.Seriously =.=" Lepas tu,aku banyak sangat join contest kan?Biasalah budak baru dalam dunia blogging.Aku bukan Hanis Zalikha,Ben Ashaari mahupun SueAnnaJoe yang dah lama sangat berkecimpung dalam dunia blog ni,aku masih mentah.Masih banyak benda nak belajar.Tahap aku dengan blogger Bulan pun macam jauh sangat bezanya even umur dia bawah aku.Kan Bulan kan?

Mereka yang lama dalam dunia blogging ni tahu kehendak blogger-blogger yang ada,tak macam aku suka sangat cerita pasal diri sendiri.Kan,kan,kan? *bongek (monolog sendiri).Entahlah aku rasa macam setiap kali aku nak post entri baru,serasakan entri tu macam kurang intipati ataupun perkataannya tak lebih dari 300 patah perkataan.Tak macam aku buat karangan Bahasa Melayu dulu-dulu.Bukan main banyak idea dengan peribahasa,simpulan bahasa dan berbagai-bagai lagilah :D

Bukan memilih atau berkira sangat,cuma aku takut orang yang singgah kat blog aku ni cepat bosan.Yelah,update setakat cerita pendek.Macam bodoh je kan?Lainlah kalau penulisan kau memang selama ni panjang berjela yang orang macam aku ni minat baca,bolehlah update cerita pendek sesekali.Ni tak,setiap kali entri,asyik penuh dengan gambar je.Lepas tu,tulisan macam takde warna lain,asyik pink,pink,pink.Bosan tengok.Sebab tu followers tak ramai.Mungkin salah satu faktor :(

Pengakuan tegar ni dibuat sebab aku rasa blog aku ni sunyi.Yelah sunyi sesangat.Macam takde pengunjung langsung.Tengoklah trafik tu lembab je.Dah jadi macam Facebook lah kott =.=" Okeylah pengakuan ni ditutup sebab aku dah takde idea nak tulis ape.Tersekat-sekat macam inilah selalu terjadi.Lepas tu simpan dalam draf.Bila tak suka&taknak sambung delete terus.Bagus kan perangai?Ish ish ish.Tahniah :)

Wednesday, March 9, 2011

Pelupa

Entri takde kena mengena dengan tajuk.Saja-saja nak update blog.Kang orang kata boringlah pulak blog budak gemuk ni.Hahahaha.Hari ni keje tersangatlah "busy" sebab no tourists langsung.Satu pun takde.Swearrrrrrr!Sepanjang hari tido kat keje.Menambah lemak-lemak yang sedia ada :) Dahlah gemuk,tido tambah lagi 3 jam.Hah,lantoklah~

Nak update pesal pe erk?Entahlah.Tengok semua bloggers ramai update,nak jugak buatttt~Kan kan?Ekcelli,tak sabar nak tunggu 4 hari lagi.Sebab ape?Adalahh.Haha.Boleh tak nak sign up untuk Tumblr?Itu pun nak tanya orang kan?Ala,biarlah.Pendapat tu penting.

Hahahahha.Okey cukup tak ni untuk update?Bolehhlahh.Layannn :D

(Tumblr User?Maybe.Source-Tumblr)

Wednesday, February 16, 2011

Diri sendiri

(Sweettttt ^____^ Source-Tumblr)

Mulakan entri dengan senyuman.Rasanya dah nak seminggu tak hapdate blog ni.Cehcehceh.Macam ramai je pembaca.Mekasihlah sebab sudi baca.Apepun,dalam beberapa hari ni,blog ni macam sunyi.So,nak ceriakan sikitlah.Nak ubah mana yang patut.Then,nak post entry baru banyak-banyak sebab ada yang tertunggak lagi ni.Hahahaha.Mood blog masih ada lagi.Teruskan berbloginglah jawabnya.

Dah banyak kali login kat blogspot ni,tapi malas nak update blog.Balik-balik pergi blog orang pastu baca entri.Macam bosan pun ada.Bukan entri diaorang tapi diri sendiri.Yelah,sebab internet lembab then blog pulak macam serabai.Lalalalala.Buka facebook,layan kengkawan.Tu je aktiviti bila buka laptop ni.

Rasanya nak tukar layout tapi tengoklah dulu.Then,nak ubah page kat atas ni.Pastu kan,nak buang sikit gadget kat tepi blog.Banyak sangat.Semak.Then,hurmm nak buat ape lagi erk?Nak tukar header.Ramai blogger pakai header cecantik.So,kena tukar jugak.Lepas tu,banyak lagilah.
*macam mampu buat je kan? -ketawa berdekahdekah (^^,)

Entri baru adelah include birtday,result,kahwin and lain-lain.Nak letak semua picture yang ada.Nak tulis entri panjang-panjang.Nak semua orang baca entri baru.Nak kumpul followers lebih banyak.Nak jadi kepochi dengan baca entri orang lain.Nak jadi blogger yang lebih baik and yang penyayang *orang tau ke?Hahahahaha :)

Lepas ni nak tidur tapi nak cipta sikit pantun *erk!(seloka?sajak?syair?) Entahlah :) Untuk followers.Special punya.Rasa macam special.Tak tahulah bagi korang.Tengok ajelah nanti.Sekarang tengok dengar lagu Cina,tunggu katun Bleach habis download,layan FB jap ngan nak cari lagu baru.Oh tak lupa nak duit banyak.ROFL :D And tengah minum air sirap ais buatan sendiri *self-service.

Esok kerja macam biasa.Nak cuti dua hari,tapi tak sanggup.Nanti gaji sikit.Takpelah demi cousin,berkorbanlah sikit :p Tahniahlah buat abang cousin sebab dah kahwin.Belah abang nanti kitaorang satu family datang.Hahahah *mcm betul aje :)) Oh,Azie,my sis,dah start menggelabah cari buku perdaganganlah,akaunlah,ekonomilah and macam-macam lagi.Maklumlah dah ambil major dah.Tak lama lagi jadi cikgu.So,boleh belanja.Kan angah kan? *senyum sampai ke telinga.

Okeylah dah habis.Tamat *tulis semata-mata nak update blog.Bagus kan? :)

PESANAN:Nothing in this world important except what you decide for yourself.

Friday, February 11, 2011

Stuff

This post will not be included with any pictures.

This night I keep thinking why did I blogging?To express my emotions perhaps.Or maybe just to write.Yes,about anything.My life,fights,fairytale and nightmares.I think my blog is about myself.The way I portrait myself in life.I guess nothing much help me to take initiative to write.When I want to write,I will.Feel empty tonight.Well,I forgot that I'm alone.Currently listen to Taylor Swift-Back to December and I think I can relate to it.I have try my best to keep my blog alive.I did.And I still will.InsyaALLAH.

Never I thought in my life that cyber world will give a hard effect on my life.Addicted?No I think.It's just hurmm how should I put this in word?Bored I guess.Maintaining a blog need passion and well I don't have any.I know it's sound so dead to you all if you read this entry.Seems like I want to 'kill' my baby blog aite?I'm not.Maybe for time being.I wish my blog to be popular like others without any effort that I need to put.Well,I'm wrong.Guess zero effort aren't enough.Pfft.

Yeah,I know you guys will totally think what the heck I'm doing this entry.Well,fyi,I do express myself sometime.This is one of it.I don't know what to write next.Browsing people blog.Perhaps sleep infront of my lappie.Feel very sleepy but my eyes deny me from sleep.I keep writing to satisfy my wish to keep updating my blog.Thank you again for those who follows me and put my links in thier blog.Really appreciate it.Well,Im done talking and writing.So go ahead,piss me off,throw your angry at me cause I made you read my stupid thought.

PESANAN:I keep smiling eventough I hurt and feel down.

Sunday, June 20, 2010

Perfect

Hey Dad,look at me,
Think back and talk to me,
Did I grow up according plan?
And do you think
Im wasting my time,
Doing things I wanna,
But it hurts when you
disapproves all along,"
-Perfect,Simple Plan-





Well,today I feel very frustrated.Because of what?Yeah because of them.They never ever gonna understand me.But Im not blaming them.Im a very complicated person,so I am very tough to handle.I never want to be like this but fate does me like this,so take me or LEAVE me. Im feel very hurt. Deep in my heart, Im always feel inferior toward others and I feel like Im such a dissapointment for them.I always cherish what I have and guess my cherishment doesn't mean anything.

Guys,if don't think I don't deserve here,tell me the truth.I don't want to be burden for YOU.It feels like taking my heart out when you telling me that.Really its hurt.Maybe I have not done enough,not putting much effort&just lay my body on sofa so it feel irritated to you and you keep say that you never need me.Well Im full of flaws,so don't expect me to be perfect :'(

"You can't change ME,
Cos we lost it all,
Nothing lasts forever,
I'm sorry
I can't be PERFECT!

Monday, September 28, 2009

History

Mood : Tonnes of emotions
Listen to : Lady Gaga-Love Games


Duhh =_=" Tomorrow is my competition.My teacher keep pushing and force me.I know its for my best and chance to win,but I seem like can't take it.What should I do?I'm not used to sleep for any competition accept once and that's also with my BFF,Syed.Now Syed is not there,how can I survive?OMG.I know I have to do my very best and you know what I've tried enough but all the people can't take it.They said that I can do it better.I pray to GOD that I can do it and show my very very best tomorrow.Pray for me too k.


Its stress and its getting on my nerve.I hope to get any good place.But I glad my my other partner (well not partner act) do not do well.He's for English "pidato".I now feel like throwing and feel sick.What if I don't do good?What if I not sure what's the next line in my speech?What if?What if?Urghhhhh~~


Scared?Yes of course.Every competition in my life,I feel scared.It make me feel uncomfortable also.Zombie the best word to describe me at the competition.I hope that the other contestants doesn't good though.Haha.WTH~~I still hoping that.

EMOTIONSareUNSTABLE


Lots of love,
ARABFLUFFY ^^,

Saturday, July 25, 2009

Berita TERGEMPAR!


Semalam dalam sejarah,aku membuat kesilapan.Ya kesilapan yang aku tak pernah bayangkan. Sungguh aku takkan menyangka perkara ni terjadi pada aku. Aku..aku..aku..

ACCIDENT

Yeah,Im accident.Aku yang langgar kereta orang.Adoiii.Kereta kancil berwarna silver.Bumper broken.So I'd to pay RM300.Thats all.Its all settle.

Thursday, June 11, 2009

Emosi bercampur baur



Yup tersangatlah busy bile time-time nak naik school nihh.Susah menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Selagi tak naik sekolah selagi tulah tak buat assessments yang cikgu bagi.Time dah naik sekolah,barulah mencipta pelbagai alasan yang tak diterima oleh akal.Dia ingat cikgu tuhh budak darjah dua nak temberang?Dah boleh masuk longkang dah kalau fikir macam tuhh.Pening-pening dengan assessments yang masih tak siap nihh.Gamoknye jadi penipulah yea.

Malas nak fikir pasal tue semua.Macam dah boring pulak skolah tuhh.Hey hey korang jangan ingat budak sekolah aje mempunyai masalah ang kritikal tahap dewa macam nihh,semua budak or tak kiralah makcik² or pakcik² yang tua kerepot yang still belajar lagi,tetap macam nihh.Cume niat ajelah.Kengkadang orang-orang terlebih mudaa ni rerajin benar (Sorry yea pakcik&makcik yang disebutkan tadi.Jangan marah nanti kena jual hah ;]) Biaslah orang tua tak boleh tak buat keje.Mesti ade jea keje yang dicarinya.Oklah enuff pasal orang terlebihh umur nihh.

Penatlah nak fikir pasal cikgu,assessment or any problems yang berkaitan ngan sekolah.Fuhh (menarik nafas panjang dan melepaskannya macam naga nak keluarkan api dari mulut) =_=" Rasa macam nak bebas,tetapi apakan daya still masih menaruh harapan belajar demi masa depan.Macam-macam nak fikir.Nak update blog,nak mencantikkan myspace,nak baca semua application kat facebook and nak upgrade friendster.Semuanya seakan terbatas.Dah takde masa dah.Selepas tulat (takde kena mengena ngan kulat or ulat mahupun julat) dah naik sekolah.Boooooooooring meyhh ^^"



Rasa macam nak pinjam belon ngan orang kat atas nihh supaya dapat terbang tinggi.Adoii.Apa dah jadi ngan aku nihh.Sekolah malas semangat berterabooor.Nak jadi pe nihh?Alahai semangat!Datanglah kembali padaku.Penat tunggu kau oiii.Hurm.Dahlah malas nak beremo-emo ni.Silap-silap aku dikatkan dengan emo+gothic.Ish ish ish ;))Tengoklah kalau rajin berblog,hiduplah blog nihh,kalau tak alamatnya terpaksa aku buangkan blog ni.Biasalah aku ni busy mengalahkan Menterilicious.Siapa tuhh?Perdana menteri kott.Saje letak "licious" tuhh.Sedap sikit.Haha.K,lah.Jumpa lagi kalau de jodoh :D

Monday, March 30, 2009

Ready For Heartaches?



V I S I T

http://id-top.blogspot.com/